Page 82 - Asas Komputer Tingkatan 1
P. 82

Pseudokod
                 Pseudokod memerihalkan langkah-langkah algoritma dengan menggunakan ayat-ayat yang
                 ringkas dan padat. Bahasa Melayu atau bahasa Inggeris biasanya digunakan. Inden digunakan
                 secara meluas bagi memudahkan pembacaan suatu pseudokod. Rajah 3.5 menunjukkan
                 pseudokod bagi menguji kefungsian lampu dalam Rajah 3.1 di halaman 70.


                  MULA
                    SEMAK plag dipalam ke dalam soket
                    JIKA plag tidak dipalam ke dalam soket
                      PALAMKAN plag ke dalam soket
                    TAMAT JIKA
                    SEMAK suis soket dipasang
                    JIKA suis soket tidak dipasang
                      PASANG suis soket
                    TAMAT JIKA
                    PASANG suis lampu
                    JIKA lampu nyala                                              Dalam suatu algoritma,
                      PADAM suis lampu                                            perkataan MULA
                      MELANGKAU ke TAMAT                                          menandakan permulaan
                    TAMAT JIKA                                                    dan terletak di atas,
                    SEMAK mentol terbakar                                         sementara perkataan
                    JIKA mentol terbakar                                          TAMAT yang terletak di
                      TUKAR mentol                                                akhir sekali menandakan
                    JIKA TIDAK                                                    akhirnya algoritma
                      BAIKI litar lampu                                           tersebut. Setiap
                    TAMAT JIKA                                                    algoritma hanya boleh
                  TAMAT                                                           ada satu permulaan dan
                                                                                  satu penamat.
                         Rajah 3.5  Pseudokod bagi menguji kefungsian lampu




                  3.1.1   Pseudokod dan Carta Alir yang
                           Melibatkan Struktur Kawalan Pilihan

                 Struktur kawalan pilihan (selection control structure) ialah satu
                 langkah yang  memecahkan aliran algoritma  kepada dua  atau
                 lebih cabang. Setiap cabang mengandungi set langkah yang
                 berlainan untuk dilaksanakan. Langkah yang dilaksanakan          La y ari laman sesa w ang
                                                                                  Layari laman sesawang
                 bergantung kepada syarat-syarat tertentu. Struktur kawalan       ini untuk maklumat
                 pilihan terdiri daripada tiga jenis iaitu struktur kawalan pilihan   lanjut bagi struktur
                 tunggal (single selection),  dwipilihan (double selection)  dan   kawalan pilihan.
                 pelbagai pilihan (multi selection).

                 Struktur kawalan pilihan tunggal (single selection)

                 Struktur kawalan pilihan tunggal hanya mempunyai satu
                 pilihan untuk melaksanakan satu set tindakan yang tertentu. Ini
                 bermakna, jika satu syarat yang diuji didapati BENAR maka satu   http://goo.gl/AQ8ASy
                 set tindakan akan dilaksanakan.

                                                                                                   73
                                                                               BAB 3  Algoritma





       UNIT03_3.1_70-91.indd   73                                                                      11/11/16   2:46 PM
   77   78   79   80   81   82   83   84   85   86   87