Page 130 - Pendidikan Jasmani dan Pendidikan Kesihatan Tingkatan 5 KSSM
P. 130

Kepentingan Mengetahui Hak Kesihatan Reproduktif dan Seksual

           Menurut Pertubuhan Kesihatan Sedunia (World Health Organization), istilah remaja ditafsirkan
           sebagai seseorang yang berada dalam lingkungan umur di antara 10 hingga 19 tahun.  Peringkat
           umur ini, seseorang individu melalui masa peralihan dari alam kanak-kanak ke alam dewasa
           yang penuh dengan cabaran fizikal, mental dan sosial. Golongan remaja perlu mengetahui
           kepentingan hak kesihatan reproduktif dan seksual mereka dengan sebaik-baiknya sebelum
           menempuh alam dewasa. Antara hak kesihatan reproduktif dan seksual  yang perlu diketahui
           remaja ialah:



           Hak daripada Perspektif Individu
           ●  Remaja perlu melindungi diri mereka daripada menjadi
              mangsa  penderaan  seksual.  Mereka  perlu  tahu  batasan
              pergaulan antara lelaki dan perempuan.
           ●  Remaja perlu menjadi individu yang berpengetahuan
              tentang reproduktif dan seksual.
           ●  Remaja berhak mendapatkan maklumat dan perkhidmatan
              kesihatan untuk meningkatkan tahap kesihatan.







                                   Hak daripada Perspektif Keluarga
                                   ●  Remaja berhak mendapat bimbingan daripada ibu bapa dalam
                                      kesihatan reproduktif mereka.
                                   ●  Remaja perlu diberikan pengetahuan tentang sentuhan selamat
                                      dan tidak selamat.
                                   ●  Remaja perlu lebih terbuka untuk berkongsi masalah dengan
                                      keluarga.
                                   ●  Nilai-nilai murni dari agama perlu diterapkan sejak awal secara
                                      berterusan.




           Hak daripada Perspektif Masyarakat
           ●  Remaja perlu dilindungi daripada terjebak dalam gejala sosial.
           ●  Golongan  remaja  perlu mendapat bimbingan  masyarakat
               tentang kesan dan akibat daripada gejala sosial yang mudah
               mempengaruhi diri mereka.
           ●  Remaja perlu peka dengan situasi yang berlaku di sekeliling
               mereka.
           ●  Menyediakan perkhidmatan kaunseling kepada remaja dan
               keluarga dengan tujuan membantu menyelesaikan masalah yang
               dihadapi.

       122     SP    1.1.2
   125   126   127   128   129   130   131   132   133   134   135