Page 132 - Pendidikan Jasmani dan Pendidikan Kesihatan Tingkatan 5 KSSM
P. 132

Penyebaran Maklumat Berhubung
           Hak Kesihatan Reproduktif dan Seksual


           Maklumat mengenai hak kesihatan reproduktif
           dan seksual boleh diperoleh melalui aplikasi
           teknologi maklumat. Maklumat yang diterima
           haruslah tepat dan daripada sumber yang
           dipercayai. Berikut kaedah yang difikirkan bernas
           untuk penyebaran maklumat berhubung hak
           kesihatan reproduktif dan seksual:


             1      Pendidikan formal


           è  Maklumat boleh didapati melalui bahan bacaan.
           è  Murid boleh memperoleh maklumat yang tepat dan sahih daripada guru menerusi mata pelajaran
               Pendidikan Jasmani dan Pendidikan Kesihatan, Pendidikan Agama Islam dan Pendidikan Moral.
           è  Memberikan ruang kepada murid untuk bersoal jawab secara terbuka dan berhemah.
             2      Pendidikan tidak formal



           è  Ibu dan bapa berperanan penting menjadi suri teladan.
           è  Masyarakat menjadi agen sosialisasi ke arah mendidik remaja tentang hak reproduktif dan seksual.
             3      Program kesedaran (Pihak Berkuasa Tempatan (PBT),
                    Kerajaan, Non-Government Organizations (NGO))

           è  Sebaran maklumat menerusi kempen kesihatan, program kemasyarakatan dan poster tentang
               hak kesihatan reproduktif dan seksual.
             4      Perbincangan dengan rakan



           è  Maklumat-maklumat boleh disampaikan melalui perbincangan bersama-sama rakan yang
               boleh dipercayai.
           è  Remaja boleh berkongsi maklumat dengan rakan tentang hak kesihatan reproduktif dan
               seksual dan masalah dalam kalangan mereka.
             5      Media massa



           è  Maklumat lebih cepat sampai melalui aplikasi seperti instagram, twitter, wechatt, whatsapp, telegram
               dan facebook.
           è  Remaja harus bijak menilai segala dapatan maklumat sebelum mengamalkan serta
               menyebarluaskan maklumat tersebut.
           è  Pastikan maklumat tersebut didapati daripada sumber yang boleh dipercayai seperti laman
               web Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan
               Masyarakat (KPWKM) dan sumber jurnal akademik yang lain.
       124     SP    1.1.4
   127   128   129   130   131   132   133   134   135   136   137