Page 136 - Pendidikan Jasmani dan Pendidikan Kesihatan Tingkatan 5 KSSM
P. 136

2.0     Penyalahgunaan Bahan








                       STANDARD
                   PEMBELAJARAN


           ●  Menjelaskan punca penagihan berulang.
           ●  Membincangkan implikasi penagihan berulang.
           ●  Membincangkan cara menangani
               penagihan berulang.
           ●  Menjana idea bagaimana rakan, keluarga
               dan masyarakat membantu golongan
               yang mengalami penagihan berulang
               berasimilasi dalam komuniti.








                 enagihan  berulang  ialah    keadaan  seorang  penagih  yang
                 telah dipulihkan tetapi kembali  menagih.  Antara contoh
          Ppenagihan berulang ialah kembali menagih dadah, merokok
           dan ketagihan alkohol. Di Malaysia, masalah penagihan berulang
           merupakan suatu cabaran besar kepada negara. Apakah faktor
           utama  yang  menyumbang  kepada  kecenderungan  penagihan
           berulang dalam kalangan penagih dadah, perokok dan peminum
           alkohol? Secara teorinya, apabila lebih ramai penagihan berulang
           diberikan khidmat rawatan dan pemulihan seharusnya bilangan
           yang  kembali  menagih  semakin  berkurang,  tetapi  hakikat  yang
           berlaku adalah sebaliknya (lyavoo, 2017). Antara sebabnya ialah
           kurang keyakinan diri dan mudah terpengaruh dengan rakan dan
           kurang sokongan keluarga. Keluarga bukan sekadar pendorong,
           malah menjadi penguat semangat untuk memastikan kejayaan
           penagih  menjalani kehidupan yang positif. Justeru,  sokongan
           keluarga dianggap penting dalam memastikan golongan penagih
           ini mampu melakukan perubahan dalam hidup mereka. Klasifikasi
           Penyakit Antarabangsa  WHO 1994 menyifatkan ketagihan
           terhadap sesuatu bahan termasuk alkohol dan dadah sebagai
           gangguan mental (AADK, 2019).





       128
   131   132   133   134   135   136   137   138   139   140   141