Page 139 - Pendidikan Jasmani dan Pendidikan Kesihatan Tingkatan 5 KSSM
P. 139

Implikasi Penagihan Berulang


             Penagihan berulang boleh mendatangkan keburukan kepada diri, keluarga dan masyarakat.
             Namun, individu yang terlibat dalam penagihan ini boleh dipulihkan dan mampu berhenti
             sepenuhnya sekiranya mendapat sokongan pelbagai pihak. Kesan daripada ketagihan dadah,
             rokok dan alkohol boleh mendatangkan keburukan kepada kesihatan diri, keluarga dan
             masyarakat (Iyavoo, 2017). Sebagai contoh, sistem saraf pusat, iaitu otak dan saraf tunjang
             boleh mengalami kerosakan sekiranya individu yang ketagihan ini berterusan mengamalkan
             kegiatan yang tidak sihat ini. Berikut merupakan kesan penagihan berulang kepada perokok,
             penagih dadah dan penagih alkohol:

             01    Kesan Ketagihan Alkohol

            Ü  Seseorang itu akan hilang koordinasi gerak tubuh dan juga gangguan kepada pertimbangan
                dan kewarasan fikiran dan mengakibatkan kecederaan diri.
            Ü  Pemandu yang mabuk boleh menyebabkan kematian kepada pengguna jalan raya yang lain
                disebabkan ketidakseimbangan mental yang dialami semasa kejadian.
            Ü  Kajian saintifik menunjukkan perkaitan antara pengambilan minuman beralkohol dalam
                kalangan  wanita  yang  mengandung  dengan kecacatan  dan  keabnormalan  janin  dalam
                kandungan yang dikenali sebagai Fetal Alcohol Syndrome.

             02    Kesan Ketagihan Rokok

            Ü  Individu yang merokok berisiko mendapat penyakit seperti bronkitis kronik, emfisema dan    PENYALAHGUNAAN BAHAN
                kanser paru-paru.
            Ü  Asap rokok yang dikeluarkan oleh perokok aktif boleh mengakibatkan individu yang
                berdekatan terdedah kepada asap rokok tersebut dan secara tidak langsung menjadikan
                perokok pasif berisiko.
            Ü  Bagi wanita yang mengandung pula, kekurangan oksigen dalam hemoglobin disebabkan
                oleh pertambahan kandungan karbon monoksida boleh menyebabkan janin dalam
                kandungan tidak membesar  dengan normal.


             03    Kesan Ketagihan Dadah

            Ü  Penagihan ini menyebabkan kerosakan kekal kepada sistem saraf pusat tubuh jika diambil
                dalam jangka masa panjang. Ketagihan dadah akan meningkatkan denyutan jantung dan
                tekanan darah. Keadaan ini jika tidak dirawat boleh menyebabkan pendarahan dalam otak,
                kerosakan otak dan kematian.
            Ü  Disebabkan penagih hilang pertimbangan diri, mereka akan sering bertengkar dengan
                rakan sekeliling sama ada di sekolah, di tempat kerja mahupun di rumah.
            Ü  Pasangan hidup penagih berisiko mendapat penyakit kelamin atau penyakit seperti HIV,
                Hepatitis B dan C.




                    GLOSARI
              Fetal alcohol  Syndrome –  Keadaan tumbesaran  dan kecacatan bayi akibat  daripada
              pendedahan kepada alkohol semasa mengandung.

                                                                                                   131
                                                                                    SP     2.1.2
   134   135   136   137   138   139   140   141   142   143   144