Page 152 - Pendidikan Jasmani dan Pendidikan Kesihatan Tingkatan 5 KSSM
P. 152

Kepentingan Komunikasi dan Masa Berkualiti
           Bersama Keluarga


                 omunikasi dalam sesebuah keluarga penting untuk mewujudkan kefahaman dan sikap
                 toleransi  dalam  keluarga.  Kepentingan  komunikasi  dapat  dilihat  apabila  dijadikan
          Kpenanda aras bagi seluruh interaksi antara manusia sama ada berbentuk individu,
           keluarga dan masyarakat. Komunikasi berfungsi sebagai satu medium perhubungan dalam
           keakraban hubungan keluarga seperti adik- beradik, ibu bapa, saudara mara, kakak, abang dan
           lain-lain. Antara aktiviti yang boleh dilakukan bersama-sama keluarga seperti yang berikut:


                             Rekreasi                                      Tahukah
                             Aktiviti seperti riadah dan rekreasi
                             bukan hanya dapat menyihatkan                       Anda
                             tubuh badan dan melepaskan tekanan
                             kerja tetapi juga dapat merapatkan       Kepentingan komunikasi
                             ikatan kekeluargaan. Berkumpul dalam     dan kualiti keluarga
                             suasana yang mesra akan mengeratkan      bertujuan:
                             hubungan kekeluargaan.
                                                                      Mendidik ke arah kebaikan
                                                                      -   Memberikan nasihat dan
                                                                          teguran yang berguna.
                                                                      -   Menunjuk ajar tentang
                             Mewujudkan Masa                              kekurangan dalam diri
                             Berkualiti                                   seseorang individu.

                             Keluarga yang akrab akan meluangkan      Merapatkan jurang antara
                                                                      generasi
                             masa bersama-sama. Keadaan ini dapat     -   Menjadikan keluarga yang
                             mewujudkan keceriaan dan membantu            boleh berkongsi berita
                             merapatkan hubungan keluarga.                gembira dan sedih pada
                                                                          bila-bila masa.
                                                                      -   Memberikan teguran yang
                                                                          membina kepada anak-anak.
                             Menjalin Ikatan                          Membetulkan kesilapan
                             Kekeluargaan                             -   Membetulkan kesilapan

                             Melalui aktiviti yang sering dilakukan       ahli keluarga.
                             bersama-sama keluarga seperti            -   Memberikan sokongan
                             bergotong-royong membersihkan                moral kepada ahli
                                                                          keluarga yang
                             halaman rumah, aktiviti berkelah, barbeku    menghadapi situasi yang
                             atau jamuan keluarga akan mewujudkan         kurang baik.
                             perhubungan yang mesra. Komunikasi       (Sumber: www.myhealth.gov.my)
                             yang dibina dalam aktiviti ini dapat
                             menjalinkan ikatan kekeluargaan.


                  Bincangkan kaedah yang sesuai yang boleh menjadi panduan kepada remaja untuk meluahkan
 Implikasi Terhadap   rasa ketidakpuasan hati terhadap ketegangan dalam keluarga.
 Keluarga Akibat
 Kegagalan
 Komunikasi  144  SP  4.1.1
   147   148   149   150   151   152   153   154   155   156   157