Page 147 - Pendidikan Jasmani dan Pendidikan Kesihatan Tingkatan 5 KSSM
P. 147

Badan dan Minda Sihat


                                                            ◆  Emosi yang stabil  dapat membantu
                                                                remaja untuk mengamalkan hidup
                                                                yang sihat seperti bersenam, tidur
                                                                yang cukup dan diet yang betul.
                                                            ◆  Senaman dapat mengurangkan tahap
                                                                kebimbangan dan stres menerusi
                                                                penghasilan hormon endorfin.









                             Berkomunikasi


                             ◆  Emosi yang stabil membantu kita                                           PENGURUSAN MENTAL DAN EMOSI
                                berkomunikasi secara rasional.
                             ◆  Berkomunikasi dalam kalangan
                                ahli keluarga dan rakan dapat
                                mengurangkan tekanan sekali gus
                                menyihatkan dan menstabilkan
                                emosi.





                      INFO EKSTRA

                •  Terapi muzik merupakan salah satu kaedah yang berkesan untuk merawat emosi yang
                   tidak stabil.
                •  Bersenam  dan  bersukan  juga  boleh  mengurangkan  ketidakstabilan  emosi  dalam
                   kalangan pesakit.
                (Sumber:  Lim, 2020)




                      GLOSARI

                Terapi  −  Rawatan sesuatu penyakit fizikal atau mental secara proses pemulihan tanpa ubat atau
                         pembedahan.


                                                                                                   139
   142   143   144   145   146   147   148   149   150   151   152