Page 150 - Pendidikan Jasmani dan Pendidikan Kesihatan Tingkatan 5 KSSM
P. 150

4.0     Kekeluargaan








                       STANDARD
                   PEMBELAJARAN

           ●  Menjelaskan kepentingan komunikasi
               dan masa berkualiti bersama-sama
               keluarga.
           ●  Menjana idea cara mengatasi ketegangan
               perhubungan dalam keluarga.






















                 omunikasi  berkesan  merupakan  asas  kepada  kecemerlangan
                 dalam  kehidupan  berkeluarga. Terdapat dua bentuk komunikasi
           Kdalam keluarga iaitu komunikasi verbal dan bukan verbal.
           Komunikasi  verbal  didefinisikan  sebagai  proses  komunikasi  yang
           melibatkan percakapan untuk menyampaikan mesej kepada penerima.
           Komunikasi bukan verbal seperti ekspresi wajah, menggunakan
           anggota badan lain seperti mata, tangan, senyuman dan bersalaman
           yang merupakan salah satu cara berinteraksi. Komunikasi ibu bapa
           dan  anak  terhadap  isu-isu  kesihatan  seperti  pengambilan  rokok  dan
           penyalahgunaan dadah perlu dibuat sebelum mencapai usia remaja
           supaya langkah pencegahan dapat diambil. Komunikasi akan menjadi
           kurang berkesan apabila remaja telah terlibat dengan tingkah laku
           yang berisiko. Komunikasi keluarga yang cemerlang mempunyai kriteria
           tersendiri  yang boleh dijadikan kayu ukur dalam usaha    memperkasakan
           institusi  kekeluargaan (Manap, 2013).





       142
   145   146   147   148   149   150   151   152   153   154   155