Page 164 - Pendidikan Jasmani dan Pendidikan Kesihatan Tingkatan 5 KSSM
P. 164

Penyakit Jangkitan Seksual




        1   Penyakit     Gonorea

            Keterangan Penyakit jangkitan kelamin yang disebabkan oleh bakteria  Neisseria
                         gonorrhoeae. Boleh berjangkit dari seorang individu ke individu lain melalui
                         hubungan seks vagina, dubur atau oral.
                         Gejala akan timbul dua hingga tujuh hari selepas terdedah kepada jangkitan.
            Simpton      •  Merasa sakit ketika membuang air kecil.
            dan Gejala   •  Mengeluarkan cecair bewarna kekuningan dari salur kencing.
        2   Penyakit     Klamidia


            Keterangan Mudah merebak melalui hubungan seks dengan pasangan yang telah dijangkiti.
                         Berkeupayaan menyerang mangsa empat kali ganda lebih kerap daripada
                         penyakit gonorea.
            Simpton      •  Berlaku perdarahan di antara kitaran haid serta sakit di bahagian abdomen.
            dan Gejala   •  Keluar cecair daripada zakar atau faraj.
                         •  Pedih dan gatal semasa membuang air kecil.

        3   Penyakit     Sifilis

            Keterangan Disebarkan oleh virus spirochete.
                         Sejenis ulser yang tidak sakit tetapi kemerahan boleh dilihat pada vagina,
                         dubur, zakar dan mulut.
                         Disebarkan melalui hubungan seks secara oral, dubur, zakar dan vagina.
            Simpton      •  Jika lambat dirawat, ruam akan timbul di bahagian badan, tapak tangan dan kaki.
            dan Gejala   •  Bergejala seperti sukar berjalan, buta, kebas dan boleh membawa maut.
        4   Penyakit     Hepatitis B

            Keterangan Dikesan seawal 45 hari.
                         Boleh berjangkit melalui sentuhan dengan cecair badan (seperti air liur, air
                         mani dan cecair faraj), melalui pemindahan darah atau darah yang tercemar,
                         hubungan seksual atau melalui jarum suntikan yang tercemar.
            Simpton      •  Tanda dan gejala seperti hilang selera makan, loya, muntah, perut rasa tidak selesa,
            dan Gejala     sakit sendi, ruam serta kekuningan di mata dan kulit.

        5   Penyakit     HIV
            Keterangan Penyakit yang serius disebabkan oleh virus HIV (Human Immunodeficiency Virus).
                         Mudah dijangkiti HIV jika terdedah/tersentuh dengan bendalir badan individu
                         yang HIV positif seperti darah, cecair faraj, air mani dan susu ibu.
            Simpton      •  Tanda dan gejala seperti terlalu lemah dan lesu, kerap demam panas, peluh pada
            dan Gejala     waktu malam dan cirit-birit yang kronik.


                                                    (Sumber: www.myhealth.gov.my/jangkitanseksual)
       156     SP    6.1.1
   159   160   161   162   163   164   165   166   167   168   169