Page 77 - Pendidikan Jasmani dan Pendidikan Kesihatan Tingkatan 5 KSSM
P. 77
Beregu
➤ Pemain yang bermain secara beregu perlu mempunyai persefahaman dan kerjasama yang
tinggi antara rakan beregu.
➤ Pemain juga mesti memahami kekuatan dan kelemahan diri serta rakan sepasukan bagi
memudahkan perancangan strategi dan teknik yang sesuai untuk menghadapi beregu lawan.
➤ Bagi permainan beregu, pemain yang melakukan servis mestilah memastikan bola jatuh
pada petak meja lawan secara diagonal. PINGPONG
➤ Pelbagaikan versi semasa melakukan servis agar pemain lawan sukar untuk mengembalikan bola.
➤ Pemain yang membuat servis perlu memberikan ruang kepada rakan sepasukan untuk
mengembalikan bola yang dipukul pemain lawan.
Petunjuk
Pergerakan pemain Ah Chong, kita mesti
kekalkan semangat
Hantaran bola
kesukanan.
M1
M2 M4 M3
Cara Bermain
1 Murid dibahagikan kepada dua kumpulan secara beregu.
2 Murid satu (M1) akan memulakan servis ke arah murid tiga (M3) dengan servis putaran ke
belakang (backspin).
3 M3 akan mengembalikan servis dengan pukulan yang sesuai berdasarkan jenis servis dan
situasi bola yang dilakukan M1.
4 Jika pukulan M3 adalah lemah dan melambung, murid dua (M2) perlu bersedia untuk
melakukan serangan bagi mendapatkan mata.
5 Manakala jika bermain secara individu, seorang pemain akan memulakan servis kepada
pemain lawan secara putaran ke belakang.
6 Dalam acara individu, pemain boleh melakukan smesy apabila lawan mengembalikan bola
yang agak tinggi dan lemah.
7 Pemain hendaklah mengaplikasikan peraturan dan undang-undang sebenar dalam permainan.
Pasangan beregu tidak berkesefahaman
GLOSARI dan sukar menjalin kerjasama dalam
pertandingan. Bincangkan bersama-sama
Diagonal – Pepenjuru rakan cara mengatasi masalah tersebut. IMBAS QR
Cara
Melakukan
Backspin
SP 1.6.1, 1.6.3, 2.6.3, 5.1.2, 5.4.1, 5.5.2 69

