Page 74 - Pendidikan Jasmani dan Pendidikan Kesihatan Tingkatan 5 KSSM
P. 74

Strategi Bertahan


                 trategi bertahan merupakan usaha yang dilakukan oleh setiap pemain perseorangan atau
                 beregu bagi mematahkan atau menangkis serangan yang dilakukan oleh pihak lawan.
           SSemasa bertahan, pemain berusaha untuk mengembalikan semula bola ke gelanggang
           lawan dengan dipelbagaikan serangan sama ada hantaran jauh atau dekat dengan jaring.
           Terdapat beberapa strategi bertahan dengan menggunakan teknik pukulan dalam permainan
           pingpong antaranya ialah pukulan chop pepat, pukulan chop kilas dan pukulan blok.



           Pukulan Chop


           ➤  Chop ialah teknik yang memerlukan pemain memukul bola dengan gerakan seperti
               menebang pohon dengan kapak.
           ➤  Pukulan ini digunakan untuk mengembalikan pukulan bola serangan daripada pihak lawan.
           ➤  Pukulan chop boleh dibahagikan kepada dua iaitu pukulan chop pepat dan kilas.
           ➤  Pukulan chop sesuai digunakan jika kedudukan posisi pemain adalah jauh daripada meja
               dan kedudukan bola yang akan jatuh berhampiran bahagian belakang meja.


             Saya akan
             membuat
         pukulan kilas untuk
         mengelirukan pihak
               lawan.





























                                                                                        IMBAS QR
                                                                                         Pukulan
                                                                                        Chop Kilas

        66
                SP    1.6.2, 2.6.1, 2.6.2, 5.1.3, 5.2.3, 5.5.1
   69   70   71   72   73   74   75   76   77   78   79