Page 73 - Pendidikan Jasmani dan Pendidikan Kesihatan Tingkatan 5 KSSM
P. 73

Petunjuk
                                                                                      Hantaran bola
                      a M1
                                                                                           b M2




                                                                         1 1
                                                                            3 3                           PINGPONG
                                                                               2 2











                 Cara Bermain

             1  Permainan ini dijalankan secara perseorangan atau berpasangan.
             2  Permainan dimulakan dengan pemain membuat servis.
             3  Semasa melakukan servis, murid satu (M1) perlu menghantar bola berdasarkan kedudukan dan
                cara pegangan bet.
             4  Pelbagai kemahiran servis pepat, kilas dan servis berputar boleh dilakukan ke arah sasaran.
             5  Jika murid dua (M2) berada di kedudukan 1, bola pingpong perlu dihantar ke sasaran nombor 2.
             6  Jika M2 berkedudukan di nombor 2, M1 menggunakan pukulan pepat menghantar bola ke
                sasaran nombor 3.
             7  Manakala jika M2 berada di posisi 3, M1 boleh menghantar bola ke sasaran nombor 1.
             8  Permainan ini akan mengikut undang-undang pertandingan sebenar yang telah ditetapkan.


            Kekuatan dan Kelemahan
                                                                    Variasi
             Kekuatan
             •  Pemain boleh menghantar bola ke beberapa sudut   1  Bermain mengikut masa, contohnya
                dalam gelanggang lawan.                           bermain dalam tempoh tiga minit untuk
             •  Penghantaran  bola  dalam  pelbagai  bentuk       menentukan murid yang mendapat
                putaran dan posisi akan mengelirukan pihak lawan   mata terbanyak.
                khususnya yang kurang berkemahiran.            2  Murid yang menang bertukar lawan.
             Kelemahan
             •  Pemain  yang  kurang  mahir  akan  menyebabkan
                pihak lawan mudah menyerang kembali kerana
                bola pingpong melantun tinggi.



                     Bersama rakan dalam kumpulan, bincangkan       IMBAS QR             IMBAS QR
                     titik kontak bagi menghasilkan servis putaran   Cara Memegang Bet   Teknik Spin
                     ke kiri dan servis putaran ke kanan.      dan Cara Melakukan Servis
                                                                   Pepat dan Kilas
                                                                                                   65
   68   69   70   71   72   73   74   75   76   77   78