Page 10 - Pendidikan Jasmani dan Pendidikan Kesihatan Tingkatan2
P. 10
UNit
1 gimnastik asas
Peti lombol.
STANDARD KANDUNGAN
• Melakukan kemahiran hambur dan melombol
dengan lakuan yang betul.
• Mengaplikasikan pengetahuan konsep pergerakan
dan prinsip mekanik semasa melakukan kemahiran
hambur dan melombol.
• Mematuhi dan mengamalkan elemen pengurusan
dan keselamatan.
Pelandas larian.
• Menunjukkan keyakinan dan tanggungjawab
kendiri semasa melakukan aktiviti fizikal.
• Berkomunikasi dalam pelbagai cara semasa
melakukan aktiviti fizikal.
• Membentuk kumpulan dan bekerjasama dalam
kumpulan semasa melakukan aktiviti fizikal.
• Memahami dan mengaplikasikan etika dalam
sukan semasa melakukan aktiviti fizikal.
Tilam.
Gimnastik asas merupakan pergerakan fizikal dan senaman yang boleh meningkatkan daya
tahan otot, kekuatan otot, kawalan badan, fleksibiliti dan ketangkasan. Selain itu, murid juga
akan mampu mengawal imbangan tubuh badan. Gimnastik asas juga melibatkan kemahiran
motor yang spesifik untuk aktiviti menghambur dan melombol.
Papan anjal.
22 3 3

