Page 123 - Pendidikan Jasmani dan Pendidikan Kesihatan Tingkatan2
P. 123

Jengkek Ligan                          Penyerang mesti
                                          mengangkat                               Saya perlu menyentuh
                                        sebelah kaki dan                           pasukan lawan untuk
                                        mengejar lawan.                           mematikan pergerakan
 Jengkek ligan juga dikenali sebagai aci jengkek. Permainan ini dimainkan                mereka.
 secara berpasukan. Dalam permainan ini, pemain pasukan yang menyerang
 akan mengejar pemain pasukan yang bertahan dengan cara berjengkek
 (ketingting). Pemain pasukan bertahan yang disentuh oleh pasukan penyerang
 akan tersingkir daripada permainan. Permainan diteruskan sehingga semua
 pemain pasukan bertahan telah berjaya disentuh oleh pemain pasukan                                             Rekreasi
 penyerang.   Imbas kod Zappar
 Rekreasi
    Permainan ini sering dimainkan oleh kanak-kanak berumur tujuh hingga
 14 tahun. Permainan jengkek ligan dapat membina daya tahan otot, kapasiti
 aerobik dan ketangkasan. Secara keseluruhannya, objektif permainan ini
 adalah untuk menguji kebijaksanaan dan kesabaran para pemain.










                       Saya mesti mencari
                       ruang yang selamat
                         untuk mengelak
                       daripada disentuh.






                      Cara bermain:


             Teknik Pasukan bertahan                     Teknik Pasukan Menyerang
             1.  Pasukan bertahan perlu lari  dan mengelak.  1.  Fleksi lutut (sebelah kaki).
             2.  Bergerak bagi mencari ruang kosong.     2.  Kawal keseimbangan badan.
             3.  Bergerak dengan tangkas untuk           3.  Bergerak berkumpulan untuk menyerang
                 mengubah kedudukan.                        pasukan lawan.
             4.  Elak daripada disentuh penyerang.       4.  Sentuh pasukan lawan untuk mematikan
                                                            pasukan bertahan.
                                                         5.  Mata memfokuskan kepada sasaran.


 Permainan ini
 hendaklah dimainkan
 di kawasan halaman                                                            Kenal pasti latihan yang
 yang rata bagi           Kawasan permainan perlu dihadkan
 mengelakkan              kepada kawasan yang minimum untuk                    sesuai untuk meningkatkan
 kecederaan.              mengelak kecederaan pada kaki semasa                 keupayaan keseimbangan
                          menjengkek.                                          badan dan ketangkasan.



 114  SP: 1.8.3, 2.8.3, 5.4.1, 5.4.2, 5.5.1,                                             SP: 1.8.3, 2.8.3, 5.1.1,   115
                                                                                         5.1.2, 5.2.2
 5.5.2
   118   119   120   121   122   123   124   125   126   127   128