Page 124 - Pendidikan Jasmani dan Pendidikan Kesihatan Tingkatan2
P. 124

tuju kaki



               1.  Murid-murid dibahagikan kepada dua kumpulan, iaitu kumpulan penyerang
                   dan bertahan.
               2.  Kumpulan penyerang membentuk bulatan. Kumpulan bertahan berada dalam bulatan.
               3.  Gunakan bola getah yang lembut dan ringan.
               4.  Penyerang akan menuju bola ke arah kumpulan bertahan pada bahagian kaki
                   (bawah lutut).
               5.  Pemain yang terkena bola getah akan tersingkir.                                                                                                                                                                 Rekreasi
               6.  Permainan tamat selepas semua pemain yang bertahan terkena bola.
               7.  Tukar peranan setelah habis satu pusingan.
     Rekreasi
               8.  Pastikan kawasan permainan selamat. Gunakan kawasan yang lapang                                                                                                  Pastikan bola dibaling
                   dan rata.                                                                                                                                                         ke bahagian bawah
               9.  Lakukan aktiviti pemanasan badan sebelum melakukan aktiviti bagi                                                                                                     lutut sahaja.
                   mengelakkan kecederaan otot.
               10.  Pakai pakaian yang selamat.

                                                                Saya perlu
                                                             memandang dan
                                                               fokus kepada
                                                                  sasaran.




                      Cara bermain:


               Kumpulan Penyerang
                                                                                        Saya perlu
               1.  Pegang bola menggunakan                                           bergerak pantas
                  sebelah tangan dengan kemas.                                       untuk mengelak                                                                          Saya perlu
               2.  Mata pandang ke sasaran                                           daripada terkena                                                                         sentiasa
                  (bawah lutut).                                                      balingan bola.                                                                      berhati-hati dan
                                                                                                                                                                            fokus kepada
               3.  Sebelah kaki di hadapan.                                                                                                                               pergerakan bola.
               4.  Baling bola ke arah sasaran.


               Kumpulan bertahan
               1.  Bergerak untuk mencari ruang.
               2.  Berusaha untuk mengelak                                                                                                                       Balingan saya
                  daripada terkena bola.                                                                                                                         perlu laju dan
                                                                                                                                                                  tepat ke arah
               3.  Mata memandang penyerang                                                                                                                         sasaran.
                  dan bola.




                                                                                                                                                                                                   Fikirkan beberapa
                          Guru boleh mempelbagaikan permainan dengan:                                                                                                                              strategi untuk mengelak
                          1.  Mengubah bilangan pemain.                                                                                 Permainan tuju kaki dapat meningkatkan                     daripada terkena
                          2.  Mengubah suai keluasan kawasan permainan.                                                                 tahap ketangkasan dan kepantasan.                          balingan bola.



           116        SP: 1.8.3, 2.8.3, 5.2.1, 5.3.1, 5.4.1,                                                                                                                                                             117
                      5.5.1, 5.5.2
   119   120   121   122   123   124   125   126   127   128   129