Page 149 - Pendidikan Jasmani dan Pendidikan Kesihatan Tingkatan2
P. 149
UNit PEnDiDikan
1 kEsiHatan
REPRODUktiF Dan
sOsiaL (PEERs)
1.0 kesihatan diri
dan reproduktif
STANDARD
PEMbELAJARAN
• Menghuraikan maksud identiti seksual iaitu setiap orang dilahirkan sama
ada sebagai lelaki atau perempuan.
• Menghuraikan maksud orientasi seksual iaitu keinginan seksual terhadap PEERS
berlainan jantina atau sesama jantina atau kedua-duanya sekali.
PEERS
• Menjana idea cara untuk menangani kecelaruan identiti seksual dan
orientasi seksual yang bertentangan dengan agama serta budaya dalam
masyarakat Malaysia.
• Menyatakan maksud kehormatan diri.
• Menganalisis kepentingan menjaga kehormatan diri dengan mengamalkan
kebersihan, keselamatan dan kesihatan.
• Menilai kesan terhadap diri, keluarga dan masyarakat sekiranya tidak menjaga
kehormatan diri.
Kesihatan diri dan reproduktif merangkumi kesejahteraan diri dan mental serta
ketiadaan penyakit yang berkaitan proses, fungsi dan sistem reproduktif. Aspek
ini meliputi keupayaan untuk menjalani kehidupan seksual yang betul dan
selamat. Unit ini menekankan kemahiran kecekapan psikososial dalam mengenal
pasti identiti dan orientasi seksual serta kepentingan menjaga kehormatan dan
keselamatan diri. Di samping itu, banyak pihak yang harus memainkan peranan
dalam memelihara kesihatan, kehormatan dan keselamatan individu sekeliling.
140 141141
140

