Page 148 - Pendidikan Jasmani dan Pendidikan Kesihatan Tingkatan2
P. 148

UNit                PEnDiDikan
                   1                  kEsiHatan


                                      REPRODUktiF Dan


                                      sOsiaL (PEERs)




                                     1.0          kesihatan diri
                                                  dan reproduktif










                           STANDARD
                           PEMbELAJARAN

                 •  Menghuraikan maksud identiti seksual iaitu setiap orang dilahirkan sama
                   ada sebagai lelaki atau perempuan.
                 •  Menghuraikan maksud orientasi seksual iaitu keinginan seksual terhadap                                                                                                                                         PEERS
                   berlainan jantina atau sesama jantina atau kedua-duanya sekali.
     PEERS
                 •  Menjana idea cara untuk menangani kecelaruan identiti seksual dan
                   orientasi seksual yang bertentangan dengan agama serta budaya dalam
                   masyarakat Malaysia.

                 •  Menyatakan maksud kehormatan diri.
                 •  Menganalisis kepentingan menjaga kehormatan diri dengan mengamalkan
                   kebersihan, keselamatan dan kesihatan.
                 •  Menilai kesan terhadap diri, keluarga dan masyarakat sekiranya tidak menjaga
                   kehormatan diri.


             Kesihatan diri dan reproduktif merangkumi kesejahteraan diri dan mental serta
             ketiadaan penyakit yang berkaitan proses, fungsi dan sistem reproduktif. Aspek
             ini meliputi keupayaan untuk menjalani kehidupan seksual yang betul dan
             selamat. Unit ini menekankan kemahiran kecekapan psikososial dalam mengenal
             pasti identiti dan orientasi seksual serta kepentingan menjaga kehormatan dan
             keselamatan diri. Di samping itu, banyak pihak yang harus memainkan peranan
             dalam memelihara kesihatan, kehormatan dan keselamatan individu sekeliling.








           140                                                                                                                                                                                                           141141
           140
   143   144   145   146   147   148   149   150   151   152   153