Page 152 - Pendidikan Seni Visual Tingkatan 3
P. 152

Peraturan ketiga                                                                                                  Kedalaman

                  Teknik ini menggunakan garisan grid                                                                      Dengan menggunakan kamera dan lensa
                  untuk membahagikan gambar kepada                                                                          yang mempunyai saiz bukaan (aperture)
                    tiga bahagian secara menegak dan                                                                          yang besar, anda boleh menghasilkan
                 melintang. Objek akan diletakkan pada                                                                              depth-of-field yang rendah pada
                grid di hujung bahagian kanan ataupun                                                                            gambar yang dirakam. Ia bertujuan
                  kiri untuk mendapatkan komposisi                                                                         memberi fokus kepada subjek yang ingin
                                       yang harmoni.                                                                              ditonjolkan dengan mengaburkan
                                                                                                                                               imej di sekelilingnya.



                                           Imbangan                                                                                                 Pembingkaian

                      Gambar di sebelah menggunakan                                                                               Elemen yang terdapat di sekeliling
               teknik komposisi imbangan simetri, iaitu                                                                            anda boleh dijadikan pembingkai
                   bahagian kiri dan kanan mempunyai                                                                        kepada objek atau tempat yang menjadi
                                 imbangan yang sama.                                                                          tumpuan mata. Sebagai contoh, anda
                                                                                                                                 boleh menggunakan pintu, tingkap,
                                                                                                                                 dahan, daun dan sebagainya untuk
                                                                                                                                             dijadikan pembingkai.




                                   Garisan membawa                                                                                            Rajah 11.4 Teknik komposisi kreatif dalam fotografi


                      Perhatikan bagaimana komposisi                                                                          UJI MINDA
                      gambar ini menggunakan garisan
                       pada struktur jeti kayu tersebut                                                                   Lengkapkan peta pemikiran di bawah.
                      membawa kepada objek manusia
                               yang sedang melompat.




                                                                                                                                                    Definisi                  Jenis

                                    Sudut pandangan

                                                                                                                                                                Kamera
                   Gambar akan menjadi lebih menarik
             sekiranya menggunakan sudut pandangan                                                                                                            dan Peranti
                                                                                                                                                              Pengimejan
                     yang pelbagai. Gambar di sebelah
                   menggunakan sudut pandangan dari
                bawah untuk mendapatkan kesan yang                                                                                                   Teknik
                   lebih dramatik. Anda boleh mencuba                                                                                              komposisi                 Format
                   dengan meminjam sudut pandangan
             burung, iaitu dari atas untuk mendapatkan
                          komposisi imej yang berbeza.



           142                                                                                                                                                                                               143
   147   148   149   150   151   152   153   154   155   156   157