Page 80 - Pendidikan Seni Visual Tingkatan 3
P. 80

Elemen Reka Bentuk Hiasan Dalaman

             Irama
             Bagi mewujudkan irama dalam ruang hiasan                                                                                                          Ruang
             dalaman, penggunaan elemen tertentu berlaku
             secara berulang-ulang.                                                                                                                            Ruang yang diisi dengan perabot atau dekorasi ialah
                                                                                                                                                               ruang positif manakala ruang kosong ialah ruang
                                                                                                                                                               negatif. Keseimbangan harus dikekalkan antara ruang
                                                                                                                                                               positif dengan ruang negatif. Ruang dibahagikan
                                                                                                                                                               kepada dua jenis, iaitu ruang dua dimensi yang meliputi
                                                        Penegasan                                                                                              lantai (termasuk panjang dan lebar) dan ruang tiga
                                                        Prinsip penegasan dalam reka bentuk hiasan                                                             dimensi yang membentuk ruang hidup (termasuk
                                                                                                                                                               panjang, lebar dan ketinggian).
                                                        dalaman merujuk kepada kaedah penggunaan
                                                        warna atau perabot yang mampu menjadi tumpuan
                                                        dan fokus utama.

                                                                                Sumber: Abdul Aziz Zalay                    Cahaya
                                                                                                                            Elemen cahaya terbahagi kepada dua,
                                                                                                                            iaitu semula jadi dan buatan manusia.
                                                                                                                            Tanpa elemen cahaya, elemen-elemen
             Kontra                                                                                                         yang lain seperti warna, tekstur dan
             Kontra wujud pada penggunaan pelbagai elemen                                                                   corak tidak akan mempunyai kesan
             yang bertentangan seperti penggunaan warna,                                                                    sama sekali.
             saiz perabot dan tanaman hiasan.


                                                                                                                                                           Garisan

                                                                                                                                                           Garisan melahirkan bentuk dan rupa serta bertanggungjawab
                                                        Skala dan Kadar Banding                                                                            untuk mewujudkan rasa harmoni, kontras dan perpaduan
                                                        Kedua-dua prinsip ini mempunyai kaitan dengan                                                      dalam ruang hidup. Garisan secara umumnya dikategorikan
                                                        saiz objek hiasan dan barangan. Dalam reka bentuk                                                  kepada tiga jenis iaitu mendatar, menegak dan dinamik.
                                                        hiasan dalaman, prinsip-prinsip ini menimbulkan
                                                        rasa pertalian dengan elemen lain.



                                                                                                                            Bentuk

             Perincian                                                                                                      Bentuk ialah garis besar mana-mana objek tiga dimensi
             Perincian merupakan prinsip yang perlu dititikberatkan                                                         yang terdapat di dalam ruang. Bentuk boleh diwujudkan
             bagi  reka  bentuk  hiasan  dalaman.  Perincian  yang                                                          dengan menggabungkan dua atau lebih rupa dan boleh
             dimaksudkan ialah objek hiasan sebagai penambah seri                                                           ditekankan dengan bantuan elemen-elemen lain seperti
             seperti penggunaan pasu bunga, bantal, langsir, bingkai                                                        tekstur, corak dan warna. Bentuk yang jelas mampu
             gambar, hiasan dinding dan tombol perabot.                                                                     mewujudkan keharmonian dan keseimbangan pada
                                                                                                                            ruang. Terdapat dua jenis bentuk, iaitu geometri (buatan
                                                                                                                            manusia) dan alam (organik).
                                     Rajah 6.2 Prinsip reka bentuk hiasan dalaman

           70                                                                                                                                                                                                 71
   75   76   77   78   79   80   81   82   83   84   85