Page 81 - Pendidikan Seni Visual Tingkatan 3
P. 81

Elemen Reka Bentuk Hiasan Dalaman

 Irama
 Bagi mewujudkan irama dalam ruang hiasan         Ruang
 dalaman, penggunaan elemen tertentu berlaku
 secara berulang-ulang.                           Ruang yang diisi dengan perabot atau dekorasi ialah
                                                  ruang positif manakala ruang kosong ialah ruang
                                                  negatif. Keseimbangan harus dikekalkan antara ruang
                                                  positif dengan ruang negatif. Ruang dibahagikan
                                                  kepada dua jenis, iaitu ruang dua dimensi yang meliputi
 Penegasan                                        lantai (termasuk panjang dan lebar) dan ruang tiga
 Prinsip penegasan dalam reka bentuk hiasan       dimensi yang membentuk ruang hidup (termasuk
                                                  panjang, lebar dan ketinggian).
 dalaman merujuk kepada kaedah penggunaan
 warna atau perabot yang mampu menjadi tumpuan
 dan fokus utama.

 Sumber: Abdul Aziz Zalay  Cahaya
               Elemen cahaya terbahagi kepada dua,
               iaitu semula jadi dan buatan manusia.
               Tanpa elemen cahaya, elemen-elemen
 Kontra        yang lain seperti warna, tekstur dan
 Kontra wujud pada penggunaan pelbagai elemen     corak tidak akan mempunyai kesan
 yang bertentangan seperti penggunaan warna,   sama sekali.
 saiz perabot dan tanaman hiasan.


                                              Garisan

                                              Garisan melahirkan bentuk dan rupa serta bertanggungjawab
 Skala dan Kadar Banding                      untuk mewujudkan rasa harmoni, kontras dan perpaduan
 Kedua-dua prinsip ini mempunyai kaitan dengan   dalam ruang hidup. Garisan secara umumnya dikategorikan
 saiz objek hiasan dan barangan. Dalam reka bentuk   kepada tiga jenis iaitu mendatar, menegak dan dinamik.
 hiasan dalaman, prinsip-prinsip ini menimbulkan
 rasa pertalian dengan elemen lain.



               Bentuk

 Perincian     Bentuk ialah garis besar mana-mana objek tiga dimensi
 Perincian merupakan prinsip yang perlu dititikberatkan   yang terdapat di dalam ruang. Bentuk boleh diwujudkan
 bagi  reka  bentuk  hiasan  dalaman.  Perincian  yang   dengan menggabungkan dua atau lebih rupa dan boleh
 dimaksudkan ialah objek hiasan sebagai penambah seri   ditekankan dengan bantuan elemen-elemen lain seperti
 seperti penggunaan pasu bunga, bantal, langsir, bingkai   tekstur, corak dan warna. Bentuk yang jelas mampu
 gambar, hiasan dinding dan tombol perabot.  mewujudkan keharmonian dan keseimbangan pada
               ruang. Terdapat dua jenis bentuk, iaitu geometri (buatan
               manusia) dan alam (organik).
 Rajah 6.2 Prinsip reka bentuk hiasan dalaman

 70                                                                                              71
   76   77   78   79   80   81   82   83   84   85   86