Page 11 - Masalah-Masalah Wanita Bekerjaya (Group 2)
P. 11
Manakala, kajian yang dijalankan oleh Pusat Kepimpinan Wanita
Tun Fatimah Hashim, UKM turut menyatakan bahawa antara
cabaran wanita di negara ini pada masa kini adalah berkaitan
dengan sokongan penjagaan anak terutamanya bayi.
Kajian tersebut juga menyatakan
cabaran lain adalah disebabkan oleh
kos TASKA yang agak tinggi.
Malahan, ada sesetengahnya tidak
menyediakan kemudahan untuk
para ibu menyusu bayi walaupun
tempat kerja adalah berhampiran.
Namun begitu, pihak TASKA juga
menghadapi cabaran apabila
segelintir para ibu menyatakan
kerisauan bahawa masih ada pusat Rajah 3 : Cabaran dan
jagaan tidak mempunyai peranan wanita di negara
kakitangan terlatih yang (Pusat Kepimpinan Wanita
mencukupi dan sijil tauliah untuk Tun Fatimah Hashim, UKM)
menjaga bayi mereka.
Menurut Azizan Zainuddin dan Kartini Khalid@Aboo Talib (2018),
fasiliti penjagaan anak yang kurang praktikal merupakan antara
punca yang menyebabkan tahap penglibatan wanita berkeluarga
dalam sektor pekerjaan semakin berkurangan. Akibatnya, perkara
ini menjadi halangan utama untuk wanita kekal di sektor
pekerjaan kerana mereka mencari kerja yang lebih sesuai dan
fleksibel agar keluarga dan anak-anak tidak terabai dan sentiasa
menjadi keutamaan.
8

