Page 12 - Masalah-Masalah Wanita Bekerjaya (Group 2)
P. 12
2.4 Bebanan Kerja dan Tanpa Sokongan Majikan
Dalam era globalisasi ini, mempunyai pekerja yang hebat, jujur dan
produktif adalah satu nikmat bagi seseorang yang bergelar
majikan. Bukan itu sahaja, majikan yang terbaik pula akan
memastikan keselesaan dan meletakkan kehendak pekerjanya
sebagai keutamaan.
Menurut Astro Awani pada 21 Februari 2019, Tan Sri Lee Lam Thye,
Pengerusi Institut Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Negara
(NIOSH) dan penaung Persatuan Psikiatri Malaysia (MPA) ada
menyatakan tentang peri pentingnya bagi mengatasi isu tekanan
di tempat kerja. Jelas beliau lagi, tahap kesedaran tentang soal
kesihatan mental di tempat kerja dilihat masih rendah. Justeru,
majikan perlu mengambil berat soal kesihatan mental pekerjanya
agar risiko tekanan emosi dapat dielakkan.
Selain itu, kurangnya sokongan daripada rakan sekerja dan
majikan juga merupakan antara punca tekanan. Antara bentuk
tekanan yang kerap berlaku adalah seperti kes buli di tempat kerja
dan tidak diberi peluang untuk kenaikan pangkat. Malahan ada
yang menerima penderaan secara emosi seperti disindir, gangguan
seksual, persekitaran kerja toksik, waktu kerja terlalu panjang
sehinggakan tiada masa untuk rehat dan sukar mengambil cuti.
9

