Page 99 - MySG_Menengah_Final_Garis_Panduan_Tadbir_Urus_Sekolah_Menengah_KPM
P. 99

91






               (G)  PERTUKARAN GURU
                     1.    Memastikan  permohonan  pertukaran  guru  tingkatan  enam  perlu  menggunakan
                           borang  eGTukar  secara  manual  atau  offline  (tertakluk  kepada  perubahan  arahan
                           semasa).

                     2.    Memastikan permohonan pertukaran guru dibuat dua (2) kali setahun iaitu bagi sesi
                           Januari dan sesi Jun.
                     3.    Permohonan pertukaran guru (eGTukar) perlu disahkan oleh PGB.
                     4.    Tarikh  akhir  penghantaran  borang  permohonan pertukaran  ke  JPN  perlu  dipatuhi
                           seperti yang telah ditetapkan oleh pihak JPN.
                     5.    Borang  pertukaran  perlu  disahkan  oleh  PGB  dan  dihantar  ke  Sektor  Pengurusan
                           Sekolah, JPN melalui PPD.

               (H)  PENGURUSAN HAL EHWAL MURID

                     1.    Menyelaraskan  urusan berkaitan  dengan kaunseling,  keselamatan,  kebajikan  dan
                           kesihatan murid, biasiswa, asrama dan lain-lain.
                     2.    Mengurus aktiviti pembangunan, disiplin dan penampilan murid, mengurus rekod dan
                           maklumat murid.
                     3.    Mengurus dan mengemaskinikan rekod pendaftaran, kemasukan dan penempatan,
                           pertukaran dan menyemak buku kedatangan harian murid.
                     4.    Mendaftar persatuan.

                     5.    Merancang  dan  mengurus  aktiviti  khidmat  masyarakat/sukarelawan  dalam  aktiviti
                           kokurikulum.
                     6.    Merancang dan meneliti program kepimpinan dan kolaboratif dengan agensi luar (jika
                           berkaitan).

               (I)   PENGURUSAN REKOD KEHADIRAN MURID
                     1.    Memastikan data kehadiran mudah dicapai.
                     2.    Memastikan data/enrolmen dikemas kini dalam sistem.
                     3.    Memastikan kemasukan kedatangan harian murid diurus dan dikemas kini mengikut

                           prosedur.
                     4.    Memastikan tindakan kepada ketidakhadiran murid dilaksanakan mengikut prosedur
                           yang ditetapkan.
                     5.    Memastikan khidmat kaunseling diberikan kepada murid yang mempunyai masalah
                           ketidakhadiran ke sekolah.
   94   95   96   97   98   99   100   101   102   103   104