Page 127 - MySG_Menengah_Final_Garis_Panduan_Tadbir_Urus_Sekolah_Menengah_KPM
P. 127

119






                      5.      Membimbing dan melatih murid bagi peningkatan potensi.
                      6.      Menyelaraskan dan mengurus penyertaan murid dalam aktiviti koakademik dan
                              kokurikulum di peringkat daerah, negeri, kebangsaan dan antarabangsa.
                      7.      Mendokumenkan semua program perjumpaan, pelibatan dan pencapaian aktiviti

                              berkaitan yang disertai untuk simpanan sekolah.

               (E)    PENINGKATAN KENDIRI DAN PROFESIONALISME
                      1.      Memastikan sasaran bilangan minimum hari berkursus dicapai.
                      2.      Meneroka  dan  merancang  pembangunan  kendiri  sebagai  persediaan  laluan
                              kerjaya dan kenaikan pangkat.
                      3.      Melibatkan diri dalam pembelajaran profesional secara formal dan tidak formal
                              untuk meningkatkan pengetahuan dan kemahiran PdP.
                      4.      Merancang  dan  melibatkan  diri  dalam  program/aktiviti  Komuniti  Pembelajaran

                              Profesional (Professional Learning Community - PLC).
                      5.      Melibatkan  diri  dalam  pembudayaan  penyelidikan/kajian  tindakan  untuk
                              peningkatan kendiri dan organisasi.
                      6.      Menghadiri  mesyuarat/bengkel/taklimat  mengenai  mata  pelajaran  berkenaan
                              yang diarahkan oleh Kementerian Pendidikan, Jabatan Pendidikan Negeri dan
                              Pejabat Pendidikan Daerah.
                      7.      Menyediakan  laporan/minit  curai  tentang  mesyuarat/bengkel/taklimat  yang

                              dihadiri kepada PGB/pentadbir.
                      8.      Melaksanakan penataran (latihan personel) hasil kursus kepada ahli berkenaan.
                      9.      Melestarikan hubungan kerjasama dengan ibu bapa/penjaga, komuniti dan agensi
                              luar.

               (F)    BIMBINGAN  DAN  PEMENTORAN  (Fungsi  Tambahan  bagi  guru  yang  telah
                      berkhidmat lebih 5 tahun)
                      1.      Menyumbang  khidmat  konsultasi  berkaitan  dengan  idea/program/aktiviti  yang
                              mempunyai nilai tambah dalam pelaksanaan PdP, pengurusan kokurikulum dan

                              hal  ehwal  murid,  serta  bidang  kepakaran  pada  peringkat  daerah/negeri/
                              kebangsaan.
                      2.      Mencetus    dan    memudah     cara    inovasi   dan   pembentukan     konsep
                              idea/program/aktiviti yang mempunyai nilai tambah dalam pelaksanaan PdP dan
                              pengurusan kokurikulum serta hal ehwal murid.

               (G)    BIMBINGAN KEPAKARAN (Fungsi Tambahan bagi Guru Cemerlang)

                      1.      Mengendalikan pengajaran dan pembelajaran (PdP) mata pelajaran kepakaran
                              mengikut surat pekeliling ikhtisas KPM (SPI) terkini.
   122   123   124   125   126   127   128   129   130   131   132