Page 129 - MySG_Menengah_Final_Garis_Panduan_Tadbir_Urus_Sekolah_Menengah_KPM
P. 129

121






                     4.    Membuat laporan pelaksanaan aktiviti kerohanian, adab dan nilai serta sambutan
                           hari kebesaran islam murid, guru dan AKP.
                     5.    Menyelaraskan  dan  mengurus  program  pembangunan  kepimpinan  murid  dalam
                           bidang kerohanian seperti latihan naqib, badan dakwah dan rohani, latihan imam dan

                           bilal.
                     6.    Menyelaraskan dan melaksanakan aktiviti yang menyokong kurikulum Pendidikan
                           Islam seperti Penilaiaan Perkara Asas Fardhu Ain (PAFA), amali solat, haji, qurban
                           untuk murid-murid di sekolah menengah serta Kem Literasi al-Quran, Kem Bestari
                           Solat, Kem Cemerlang Jawi dan sebagainya untuk murid-murid sekolah rendah di
                           Sekolah Model Khas.
                     7.    Menyelaraskan  pengurusan  surau  sekolah  dan  musolla  dari  aspek  pengurusan,
                           keceriaan dan pengimarahan termasuk bilik khas untuk pendidikan islam seperti Bilik
                           j-QAF atau bilik aktiviti Pendidikan Islam.

                     8.    Merancang dan melaksanakan  program serta memilih, membimbing dan mengurus
                           murid dalam pertandingan adab dan nilai seperti Majlis Tadarus al-Quran, Festival
                           Nasyid,  Majlis  Ihtifal  Sekolah-Sekolah  peringkat  sekolah,  daerah,  negeri  dan
                           kebangsaan.
                     9.    Menyelaraskan  aktiviti  bimbingan  kerohanian  dan  solat  berjemaah  di  surau  bagi
                           murid-murid yang tinggal di asrama sekolah.
                              * Tugas-tugas ini boleh dibantu oleh guru beragama Islam yang lain.


                     Terdapat tambahan tugas utama khusus selain daripada 9 tugasan khusus bagi jawatan-
                     jawatan berikut:

                           HM30 - GURU PENDIDIKAN ISLAM (SBP/SSM/SSeM)
                     1.    Mengendalikan PdP mata pelajaran yang ditetapkan sekurang-kurangnya dua belas
                           (12) waktu seminggu bagi jadual 40 minit satu (1) waktu atau 16 waktu seminggu
                           bagi jadual 30 minit satu (1) waktu.
                     2.    Melaksanakan aktiviti kerohanian seperti pengajian al-Quran, bimbingan fardu ain

                           dan pengisian ilmu di asrama.
                     3.    Menyelaraskan dan melaksanakan akitviti bimbingan amali ibadat seperti solat, haji,
                           qurban bagi menyokong kurikulum Pendidikan Islam di asrama.
                     4.    Menyelaraskan pengurusan surau dari aspek solat lima (5) waktu, pengimarahan,
                           kebersihan, keceriaan dan keselamatan di asrama.
                     5.    Mengurus kursus dan latihan Imam dan Bilal di asrama.
   124   125   126   127   128   129   130   131   132   133   134