Page 130 - MySG_Menengah_Final_Garis_Panduan_Tadbir_Urus_Sekolah_Menengah_KPM
P. 130

122






                           HM32 - GURU TAHFIZ (KBT/TMUA)
                     1.    Melaksanakan  aktiviti  PdP  mata  pelajaran  mengikut  jadual  yang  telah  ditetapkan
                           bermula  dari  pukul  6.30  pagi  sehingga  2.00  petang  antara  22  hingga  30  waktu
                           seminggu bagi jadual 40 minit satu (1) waktu atau 29 hingga 40 waktu bagi jadual 30

                           minit satu (1) waktu.
                     2.    Melaksanakan aktiviti Tahdir (persediaan hafazan murid) satu (1) waktu (30 hingga
                           40 minit) di awal pagi sebelum bermula waktu persekolahan pada setiap hari.
                     3.    Melaksanakan aktiviti Tahriri Hafazan dan Hafazan Baru selama dua (2) jam pada
                           sebelah malam (7.00 malam hingga 9.00 malam) mengikut giliran yang ditetapkan
                           oleh pihak sekolah.
                     4.    Memantau pelaksanaan aktiviti qailullah dan solat Zohor berjemaah.
                     5.    Merekodkan aktiviti Tasmik, Murajaah Hafazan Baharu, Murajaah Hafazan Lama,
                           Murajaah Mingguan dan Fiqh al-Ayat dalam buku rekod yang disediakan.

                     6.    Melaksanakan Daurah Ilmiah sekurang-kurangnya dua (2) kali setahun bagi sekolah
                           yang melaksanakan al-Syahadah al-Ulya Ulul Albab.
                     7.    Guru Tahfiz boleh diberi tanggungjawab sebagaimana guru mata pelajaran yang lain
                           mengikut  budi  bicara  pentadbir  sekolah  selagi  tidak  menjejaskan  tugas  utama
                           mereka.

                           HM33 - GURU AL-QURAN (KKQ)

                           Kelas Khas Kemahiran Membaca dan Menghafaz al-Quran (KKQ) adalah salah satu
                           kegiatan kokurikulum yang dilaksanakan di SMKA, SABK dan KAA seluruh negara.

                     1.    Melaksanakan aktiviti PdP KKQ tiga (3) jam seminggu bagi setiap tingkatan (9 jam
                           bagi menengah rendah dan 6 jam bagi menengah atas) mengikut sukatan pelajaran
                           yang ditetapkan.
                     2.    Sekiranya  jumlah  jam  PdP  KKQ  seminggu  kurang  dari  15  jam,  guru  KKQ  boleh
                           diarahkan membantu mengajar mata pelajaran KSSM untuk mencukupkan 15 jam
                           tersebut.

                     3.    Guru KKQ boleh dilibatkan dengan aktiviti kokurikulum seperti guru lain.
                     4.    Mengadakan  klinik  al-Quran  untuk  membasmi  buta  al-Quran  dan  meningkatkan
                           kemahiran membaca dan bertarannum guru dan murid.
                     5.    Memastikan setiap murid yang mengikuti kelas ini menjalani pentaksiran khas yang
                           dilaksanakan  sepanjang  sesi  pembelajaran  merangkumi  aspek  hafazan,  tajwid,
                           taranum, ulum al-Quran dan qiraat al-sab’ie.
                     6.    Merancang dan melaksanakan aktiviti dan program yang berkaitan dengan Al-Quran

                           seperti  kelas  pemulihan,  program  budaya  al-Quran, Majlis  Tadarus  Al-Quran  dan
                           sebagainya.
   125   126   127   128   129   130   131   132   133   134   135