Page 154 - MySG_Menengah_Final_Garis_Panduan_Tadbir_Urus_Sekolah_Menengah_KPM
P. 154

146






               (F)   PENGURUSAN KEWANGAN DAN AKAUN ASRAMA
                     1.    Menyediakan Anggaran Belanja Mengurus (ABM) tahunan asrama.
                     2.    Mengurus  permohonan  perolehan  bagi  pembelian  dan  perkhidmatan  yang
                           melibatkan kelengkapan serta peralatan asrama.

                     3.    Mengurus pembayaran bil-bil bekalan kelengkapan dan peralatan asrama.
                     4.    Mengurus perbelanjaan yang menggunakan peruntukan Baki Peruntukan Bantuan
                           Makanan Asrama.
                     5.    Membantu dalam urusan yang berkaitan Yuran Makan Asrama (YMA).
                     6.    Menjalankan  tugas-tugas  kewangan  dan  perakaunan  mengikut  penurunan  kuasa
                           yang diberikan.

               (G)  PENGURUSAN PERKHIDMATAN BEKALAN MAKANAN BERMASAK
                     1.    Memantau  kebersihan  dan  keceriaan  dewan  makan  dan  dapur  asrama  serta

                           memastikan pekerja dewan makan mematuhi garis panduan kesihatan/kebersihan
                           dewan makan.
                     2.    Membuat tempahan makanan berdasarkan bilangan penghuni asrama semasa tidak
                           kurang dari 48 jam sebelum masa sajian.
                     3.    Bertanggungjawab sepenuhnya dalam aspek berkaitan bekalan makanan di asrama.
                           (Mengikut  Kontrak  Perjanjian  Perkhidmatan  Membekal  Makanan  Bermasak
                           Asrama).

                     4.    Membantu  dan  bekerjasama  dengan  pihak  pengurusan  dalam  menangani  kes
                           keracunan makanan.
                     5.    Melaksanakan  tugas  lain  yang  diarahkan  oleh  PGB/pentadbir  dari  semasa  ke
                           semasa.



                                           HM60 | Pemandu Kenderaan


                               RUJUKAN
                 i.   Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 17 Tahun 2013 : Pindaan Skim  Perkhidmatan Operator Loji, Pemandu
                     Kenderaan dan Penghantar Notis


               (A)  TANGGUNGJAWAB SETIAP HARI SEBELUM MEMANDU
                     1.    Memastikan tempoh lesen memandu masih sah.
                     2.    Memastikan tempoh cukai jalan masih sah.
                     3.    Memastikan paras bahan api, minyak pelincir, minyak brek, minyak stereng, minyak
                           kotak gear, air radiator dan air alat kesar cermin mencukupi.
   149   150   151   152   153   154   155   156   157   158   159