Page 156 - MySG_Menengah_Final_Garis_Panduan_Tadbir_Urus_Sekolah_Menengah_KPM
P. 156

148






                     2.    Menutup suis sistem penyaman udara dan audio sebelum enjin dimatikan serta tarik
                           brek tangan dengan sempurnanya.
                     3.    Mengisi butiran buku log dengan betulnya dan kemasnya.
                     4.    Membersihkan kenderaan dengan sebaik-baiknya.

                     5.    Menyimpan kenderaan dengan sebaik-baiknya.
                     6.    Melaporkan  kecacatan  atau  kerosakan  yang  dikesan  pada  kenderaan  sepanjang
                           penggunaan kepada Pegawai Kenderaan.
                     7.    Memulangkan kunci kenderaan, kad inden dan kad Sistem Bayaran Tol Tanpa Resit
                           serta Smart Tag kepada Pegawai Kenderaan.
                     8.    Mendapatkan butiran perjalanan berikutnya dan pastikan jalan yang akan dilalui.

               (D)  TANGGUNGJAWAB SEKIRANYA BERLAKU KEMALANGAN
                     1.    Apabila  berlaku  kemalangan,  pemandu  pegawai  yang  terlibat/Ketua  Jabatan

                           hendaklah membuat laporan polis dalam tempoh 24 jam. Bagi kenderaan kerajaan,
                           kecuali  kereta  konsesi,  tindakan  susulan  hendaklah  dibuat  mengikut  Pekeliling
                           Perbendaharaan  Bilangan  7  Tahun  1985  dan  pindaannya.  Bagi  kereta  konsesi,
                           laporan hendaklah dibuat kepada pihak SPANCO serta merta.
                     2.    Melaksanakan  tugas  lain  yang  diarahkan  oleh  PGB/pentadbir  dari  semasa  ke
                           semasa.




                                               HM61 | Pembantu Laut

                        RUJUKAN
                  i   Surat  Siaran  KPM  500-1/3/3  (11)  bertarikh  12  Julai  2019  :  Penghuraian  Tugas  Pembantu  Laut  Yang
                      Berkhidmat Di Kementerian Pendidikan Malaysia

               (A)  ASPEK KEWANGAN
                     1.    Membantu melaksanakan pembelian aset, bahan bakar dan perolehan berkaitan bot,
                     2.    Bertanggungjawab dalam mengurus aset dan stor.
                     3.    Melaksanakan pengurusan kepatuhan dokumen-dokumen ISO jabatan


               (B)  ASPEK KESELAMATAN PENUMPANG
                     1.    Memastikan  keselamatan  penumpang  sebelum,  semasa  dan  selepas  pelayaran
                           mengikut Tatacara Keselamatan Pelayaran (yang berkaitan)
   151   152   153   154   155   156   157   158   159   160   161