Page 158 - MySG_Menengah_Final_Garis_Panduan_Tadbir_Urus_Sekolah_Menengah_KPM
P. 158

150






                                    HM62 | Pembantu Penyediaan Makanan

               RUJUKAN
                 i.   Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 8 Tahun 2009 : Penggubalan Skim Perkhidmatan Pegawai Makanan dan
                      Penambahbaikan Skim Perkhidmatan Tukang Masak

               (A)  PENERIMAAN/PENYIMPANAN MAKANAN BASAH/MENTAH DAN KERING DARI
                     PEMBEKAL

                     1.    Memilih, memeriksa dan mengasingkan makanan basah/mentah dan kering yang
                           dibekalkan untuk memastikan hanya makanan yang mematuhi spesifikasi kontrak
                           diterima.
                     2.    Menyimpan bahan makanan basah/mentah dan kering ke dalam stor,  chiller atau
                           freezer setelah diterima oleh pegawai.
                     3.    Merekodkan suhu stor, chiller dan freezer.

               (B)  PENGELUARAN BARANG MAKANAN
                     1.    Membuat pengeluaran dan pengasingan bahan makanan basah/mentah atau kering

                           dari stor, freezer/chiller.
                     2.    Membuat pengeluaran bahan ramuan untuk masakan dari stor, chiller atau freezer
                           ke kawasan pra penyediaan.

               (C)  PEMBUNGKUSAN BARANG MAKANAN
                     1.    Mengendalikan pembungkusan produk khas.
                     2.    Mengendalikan pembungkusan dan labelan uncang.

                     3.    Mengendalikan pembungkusan catuan kering.
                     4.    Mengendalikan pembungkusan catuan malam.

               (D)  PEMBERSIHAN DAN PENGEMASAN
                     1.    Memastikan  amalan  kebersihan  diri,  mencuci  tangan  sebelum  dan  selepas
                           mengendalikan makanan serta selepas menggunakan tandas.
                     2.    Membersihkan kawasan pra-penyediaan, memasak, ruang stor, chiller atau freezer,
                           kawasan dalam dan sekeliling jabatan.
                     3.    Menyediakan  dan  membersihkan  peralatan  memasak  seperti  pinggan  mangkuk,

                           periuk, tray, bekas, troli dan lain-lain.
                     4.    Mengira  semua  inventori  dan  membuat  pemeriksaan  fizikal  peralatan  memasak,
                           kutleri, tray dan troli sebelum dan selepas digunakan.
                     5.    Membersih dan menyediakan peralatan-peralatan untuk kegunaan memasak.
                     6.    Memeriksa dan menukar silinder gas memasak.
   153   154   155   156   157   158   159   160   161   162   163