Page 171 - MySG_Menengah_Final_Garis_Panduan_Tadbir_Urus_Sekolah_Menengah_KPM
P. 171

163






                                    HM69 | Pembantu Perawatan Kesihatan
                                             (Sekolah Sukan Malaysia)



                       TUGAS UTAMA (UMUM)

               1.    Mengemas katil, menukar kain dan sarung bantal yang kotor di bilik rawatan.
               2.    Mengurus tempahan makanan dan mengambil makanan dari dewan makan kepada atlet
                     murid yang berada di bilik rawatan/klinik/hospital.
               3.    Mengiringi atlet murid untuk rawatan/rujukan/siasatan di hospital/klinik luar.
               4.    Membantu  dalam  memeriksa  alat  kelengkapan  supaya  berada  dalam  keadaan  baik,
                     selamat dan boleh digunakan.
               5.    Membersihkan alat kelengkapan perubatan yang telah digunakan.

               6.    Membantu tugas-tugas memeriksa inventori di stor ubat dan bukan ubat.
               7.    Memastikan keselamatan dan kebersihan unit/jabatan tempat bertugas.
               8.    Membantu pegawai dalam prosedur pemeriksaan, ujian dan rawatan pesakit (menemani
                     pesakit).


                      TUGAS UTAMA (KHUSUS)


               1.    Merekod kedatangan atlet murid dan menjaga serta menyusun kad rawatan murid.
               2.    Mengambil dan merekod sukatan tinggi, berat badan, suhu badan, pernafasan dan nadi
                     atlet murid.
               3.    Membantu dalam penyediaan alat-alat perubatan seperti:
                     a.  Memasang alat suction
                     b.  Menukar tangki gas oksigen yang kosong
                     c.  Mensterilkan peralatan rawatan (Auto clave)
               4.    Membantu tugas-tugas dalam keadaan kecemasan seperti:
                     a.  Menyediakan keperluan dan peralatan intravena

                     b.  Mengepam ambu bag
                     c.  Memberi oksigen - nasal dan mask
                     d.  Melakukan suction
                     e.  Melakukan Cardiopulmonari Resussitasi Asas (CPR).
               5.    Membuat dressing yang mudah.
               6.    Melakukan tugas asas pembersihan dan pembasmian - concurrent and terminal infection
                     di mana perlu.

               7.    Mengemas dan membersihkan peralatan selepas setiap prosedur dan membuang sisa-
                     sisa klinikal mengikut protokol.
   166   167   168   169   170   171   172   173   174   175   176