Page 202 - MySG_Menengah_Final_Garis_Panduan_Tadbir_Urus_Sekolah_Menengah_KPM
P. 202

194






                                              PM15 | Warden Asrama

                     RUJUKAN

                   i.  Surat Pekeliling Ikhtisas KPM Bilangan 1/1987: Pengurusan dan Kawalan Asrama Sekolah Harian
                  ii.  Buku Panduan Pengurusan Asrama Harian KPM, Edisi 2018


                  iii.  Surat Pekeliling Kewangan Bilangan 6/1995 : Tatacara Lantikan Warden Asrama
                  iv.  Surat Siaran BPSM Bilangan KPM.500-1/3/3 (13) Bertarikh 20 November 2019 : Pelaksanaan Peluasan

                      Pelantikan Warden Asrama Kepada Semua Kakitangan Bukan Guru Gred 19 dan Ke atas di Sekolah-
                      sekolah di bawah KPM

                  v.  Surat Pekeliling Kewangan Bilangan 3 Tahun 2014: Pelaksanaan Bantuan Perjalanan dan Pengangkutan
                      Murid Yang Tinggal di Asrama

                  vi.  Surat Pekeliling Ikhtisas Bilangan 1/1987 : Pengurusan dan Kawalan Asrama Sekolah Harian
                 vii.  Surat Pekeliling Perkhidmatan KPM Bilangan 3 Tahun 1997 : Elaun Warden Asrama


                 viii.  Surat Siaran KPM Bilangan 10 Tahun 2016 : Langkah-langkah Pencegahan Awal Bagi Mengelak
                      Kejadian Keracunan Makanan di Asrama-asrama Sekolah KPM
                  ix.  Surat Edaran Bertarikh 1 April 2014: Penambahbaikan Pengurusan dan Pentadbiran Asrama Harian

                      KPM
                  x.  Surat Edaran Bertarikh 3 April 2014: Penambahbaikan Aktiviti Pembangunan Sahsiah Murid di Asrama

                      Harian KPM

               (A)  KETUA WARDEN ASRAMA  (jika jumlah murid 250 orang dan ke atas)
                     Bertanggungjawab  merancang,  melaksanakan  aspek  kebajikan  sahsiah,  keselamatan,
                     penyediaan persekitaran yang kondusif untuk murid menginap:
                     1.    Mewakili PGB/GPKHEM seperti yang diarahkan.
                     2.    Menentukan  dasar-dasar  asrama  yang  telah  diputuskan  oleh  Jawatankuasa
                           Pengurusan dan Pentadbiran Asrama dilaksanakan sepenuhnya.

                     3.    Menyelia dan menyelaraskan tugas-tugas warden.
                     4.    Memeriksa Buku Laporan Harian Warden dan melaporkannya kepada GPK HEM.
                     5.    Mengadakan mesyuarat dengan warden-warden asrama sekurang-kurangnya dua
                           (2)  bulan sekali  dan merekodkan mesyuarat  tersebut  untuk  dikemukakan  kepada
                           PGB.
                     6.    Bertanggungjawab dalam pengurusan disiplin dan Program Pembangunan Insan di
                           asrama.
                     7.    Memastikan warden menjalankan tanggungjawabnya.
                     8.    Memastikan penyelia asrama mengemaskinikan dan menyediakan data i-asrama.

                     9.    Membantu mengurus kemasukan murid baru seperti penyediaan borang/dokumen
                           taklimat kemasukan dan orientasi murid baru dan sebagainya.
                     10.  Membawa  dan  mengurus  murid  keluar  sekolah  semasa  kecemasan  dengan
                           kebenaran/arahan  dari pihak pentadbir.
   197   198   199   200   201   202   203   204   205   206   207