Page 198 - MySG_Menengah_Final_Garis_Panduan_Tadbir_Urus_Sekolah_Menengah_KPM
P. 198

190







               1.    Menyelaraskan  tugas-tugas  berkaitan  Lembaga  Disiplin  Sekolah,  Pengurusan  Sistem
                     Sahsiah Diri Murid (SSDM) dan pengurusan peraturan sekolah.
               2.    Waktu mengajar boleh dikurangkan atas budi bicara PGB.

               3.    Membantu  PGB  menyelaraskan  dan  melaksanakan  program  yang  diputuskan  oleh
                     Lembaga Disiplin Sekolah.
               4.    Memastikan penerapan dan penghayatan nilai-nilai murni dipraktikkan di sekolah.
               5.    Memastikan  peraturan  sekolah  dikuatkuasakan  dan  dipatuhi  sepanjang  masa  kegiatan
                     dijalankan sama ada di dalam atau di luar sekolah.
               6.    Mengambil tindakan yang wajar dan adil untuk pihak-pihak yang terlibat seperti memberi
                     nasihat, bimbingan ataupun merujuk kepada pihak yang lain.
               7.    Melaksanakan hukuman disiplin sekiranya diwakilkan oleh PGB.
               8.    Menjadi  pegawai  perhubungan  antara  pihak  sekolah  dengan  ibu  bapa/penjaga  dalam

                     menangani masalah disiplin.
               9.    Bertanggungjawab menimbulkan semangat kekitaan dan semangat sekolah di kalangan
                     murid dan guru.
               10.  Memantau semua kes disiplin melalui Sistem Sahsiah Diri Murid (SSDM).
               11.  Mengenalpasti murid-murid yang berisiko dari segi disiplin.
               12.  Menerima aduan dan memastikan kesahihan aduan.
               13.  Menjalankan siasatan rapi pada kes yang diadu.

               14.  Melaporkan  isu  atau  insiden  berdasarkan  berdasarkan  Standard  Operating  Procedure
                     (SOP) 1 : 3 : 7 Pelaporan dan Tindakan Menangani Isu Disiplin Murid.
               15.  Menyediakan laporan disiplin secara berkala kepada PK HEM mengikut keperluan.
               16.  Melaksanakan tugas lain yang diarahkan oleh PGB/pentadbir dari semasa ke semasa.



                                PM14 | Penyelaras Skim Pinjaman Buku Teks


               RUJUKAN
               i.    Buku Panduan Pengurusan Skim Buku Teks (SPBT) Edisi ke 4
               ii.   Surat Pekeliling Ikhtisas Bilangan 7 Tahun 1998 : Pindaan Syarat Kelayakan Meminjam Buku Teks
                     Skim Pinjaman Buku Teks (SPBT) Kementerian Pendidikan
               iii.   Surat Pekeliling Ikhtisas KPM Bilangan 4 Tahun 2001: Pindaan Syarat Kelayakan Meminjam Buku
                     Teks Skim Pinjaman Buku Teks KPM
               iv.   Surat Pekeliling Ikhtisas KPM Bilangan 2 Tahun 2003: Pindaan Pelaksanaan Borang Pemantauan

                     Kelayakan Skim Pinjaman Buku Teks SPBT 1 KPM
   193   194   195   196   197   198   199   200   201   202   203