Page 199 - MySG_Menengah_Final_Garis_Panduan_Tadbir_Urus_Sekolah_Menengah_KPM
P. 199

191






               v.    Surat Pekeliling Ikhtisas KPM Bilangan 11 Tahun 2001: Pindaan Syarat Kelayakan Meminjam Buku
                     Teks SPBT KPM
               vi.   Surat Pekeliling Ikhtisas KPM Bilangan 5 Tahun 2017: Dasar Pinjaman Buku Teks Kepada Murid Di

                     Bawah Skim Pinjaman Buku Teks Kementerian Pendidikan Malaysia.

               Penyelaras  SPBT  merujuk  kepada  Penyelaras  SPBT  Aliran  Perdana  dan  Penyelaras  SPBT
               Pendidikan Khas di setiap sekolah. Penyelaras SPBT dilantik oleh pihak sekolah bagi mengurus
               pelaksanaan  SPBT  di  sekolah.  Tugas  dan  tanggungjawab  Penyelaras  SPBT  adalah  seperti
               berikut:

               (D)  PENGURUSAN AM
                     1.    Berperanan sebagai Setiausaha dalam Jawatankuasa Pengurusan SPBT Sekolah.
                     2.    Mematuhi dan melaksanakan semua arahan berkaitan SPBT.

                     3.    Menyenaraikan murid yang tidak layak menerima SPBT.
                     4.    Melaporkan  masalah  berkaitan  SPBT  kepada  GPK  HEM/  GPK  Pendidikan  Khas
                           untuk tindakan selanjutnya.
                     5.    Menyediakan peraturan dan takwim SPBT sekolah.
                     6.    Melaksanakan pemeriksaan buku teks di tangan murid secara berkala.
                     7.    Mengadakan mesyuarat Jawatankuasa Buku Teks dua kali, iaitu di awal dan akhir
                           tahun.

                     8.    Melaksanakan taklimat pengurusan SPBT kepada guru kelas.
                     9.    Pembahagian tugas pentadbiran
                           a.   buku stok (mengikut tingkatan)
                           b.   pengedaran/pengumpulan
                           c.   buku rosak/hilang
                           d.   menubuhkan ‘Pasukan Petugas’ SPBT (murid)

               (E)  PESANAN BUKU TEKS
                     1.    Mengumpul dan merumuskan data enrolmen murid.

                     2.    Menyediakan data pesanan buku teks SPBT sebelum pesanan dibuat.
                     3.    Merujuk PGB dalam menentukan pembukaan/penutupan kelas dan penawaran mata
                           pelajaran baharu sebelum membuat pesanan buku teks SPBT.
                     4.    Menghadiri taklimat pesanan buku teks.
                     5.    Mengisi pesanan buku teks di dalam Sistem Pengurusan Buku Teks (eSPBT) dengan
                           tepat.
                     6.    Menyimpan semua doI‹umen yang berkaitan pesanan buku teks.
   194   195   196   197   198   199   200   201   202   203   204