Page 215 - MySG_Menengah_Final_Garis_Panduan_Tadbir_Urus_Sekolah_Menengah_KPM
P. 215

207






                     5.    Memastikan pelan strategik dilaksanakan.
                     6.    Membuat  semakan  pencapaian  objektif  dan  KPI  serta  melaksanakan
                           penambahbaikan yang bersesuaian dari semasa ke semasa.


                     (B)  PENGURUSAN PROGRAM KECEMERLANGAN SEKOLAH
                           1.   Merancang dan menyelaraskan aktiviti dan program kecemerlangan sekolah
                                berpandukan perancangan strategik sekolah.
                           2.   Memastikan setiap sen yang dibelanjakan memberi impak yang tinggi dengan
                                membuat     anggaran     perbelanjaan   tahunan    untuk   setiap   program
                                kecemerlangan.
                           3.   Menyelia  dan  membuat  pemantauan  setiap  program  dilaksanakan  dengan
                                sempurnanya dan berkesan.
                           4.   Menyediakan     pelan    intervensi   mengikut   keperluan    sekolah   bagi

                                penambahbaikan program kecemerlangan.

                     (C)  TAKWIM DAN BUKU PENGURUSAN SEKOLAH
                           1.   Menyediakan  takwim  dan  buku  pengurusan  sekolah  sebagai  panduan
                                pengoperasian tahunan.
                           2.   Mengadakan mesyuarat pengurusan sekolah  tugas bagi jawatankuasa kerja.
                           3.   Mendapatkan  maklumat  berkaitan dengan  takwim  sekolah  seperti  jadual

                                peperiksaan, aktiviti kurikulum, kokurikulum dan hal ehwal murid.
                           4.   Mendapatkan takwim induk program dari KPM, JPN dan PPD untuk digunakan
                                dan diselaraskan  bagi tahun berkenaan.
                           5.   Menyelaraskan secara seimbang senarai agihan tugas kepada guru-guru dan
                                kakitangan  sekolah  mengikut  kompetensi/kepakaran/kesesuaian  guru  dan
                                kakitangan.
                           6.   Melakukan proses penyuntingan, pemurnian bahan-bahan dan percetakan.
                           7.   Penyebaran/pengedaran takwim sekolah kepada guru dan kakitangan.

                     (D)  PENYELENGARAAN FIZIKAL

                           RUJUKAN
                      i.    Bahagian  Pengurusan  Aset  KPM  :  Garis  Panduan  Pengurusan  Sumbangan  Bantuan
                            Penyelenggaran Sekolah Bantuan Kerajaan
                      ii.    Bahagian Pengurusan Aset KPM : Garis Panduan Peruntukan Penyelenggaraan Sekolah Bantuan
                            Kerajaan Tahun 2020

                     1.    Menyenaraikan semua barangan yang dikategorikan dalam inventori sekolah dan

                           mengisi pengesahan lokasi peralatan.
   210   211   212   213   214   215   216   217   218   219   220