Page 263 - MySG_Menengah_Final_Garis_Panduan_Tadbir_Urus_Sekolah_Menengah_KPM
P. 263

255






                           3.   Calon yang memerlukan pengecualian pentaksiran pusat hendaklah memohon
                                kepada  pihak  sekolah  pada  tahun  peperiksaan  dengan  mengemukakan
                                dokumen sokongan seperti laporan perubatan tahun semasa atau kad OKU.
                           4.   Pihak  sekolah  hendaklah  mengemukakan  permohonan  pengecualian

                                pentaksiran pusat kepada Pengarah Pendidikan, JPN.
                           5.   Pihak  sekolah  dan  JPN  hendaklah  menghantar  skor  Pentaksiran  Pusat  ke
                                Lembaga  Peperiksaan  (LP)  mengikut  tarikh  yang  telah  ditetapkan.  Skor
                                Pentaksiran Pusat yang dihantar selepas keputusan peperiksaan diumumkan
                                tidak akan diproses.
                           6.   Permohonan Pembetulan Maklumat Calon (PMC)  bagi skor Pentaksiran Pusat
                                yang telah dihantar ke LP dikenakan bayaran mengikut kadar yang sedang
                                berkuat kuasa.
                           7.   Tempoh  penyimpanan  dokumen  skor  dan  bahan  bukti  ialah  enam  bulan

                                selepas tarikh pengumuman keputusan peperiksaan. Dalam tempoh tersebut,
                                calon  boleh  mendapatkan  bahan  bukti  daripada  pihak  sekolah  untuk tujuan
                                rasmi dan mengembalikannya setelah selesai digunakan.
                           8.   Selepas tempoh penyimpanan tamat, pihak sekolah boleh menyerahkan bahan
                                bukti kepada calon yang memerlukannya.
                           9.   PGB hendaklah melupuskan bahan bukti yang tidak dituntut oleh calon selepas
                                30 hari tempoh penyimpanan tamat.

                           10.  Bagi calon pindah pusat, sekolah asal hendaklah menyerahkan dokumen skor
                                dan bahan bukti mudah alih calon kepada sekolah baharu. Sekolah  baharu
                                hendaklah menghantar skor calon kepada LP.
                           11.  Bagi  calon  menumpang,  sekolah  asal  hendaklah  menghantar  skor  calon
                                kepada LP.
                           12.  Pihak  sekolah/JPN  hendaklah  mengeluarkan  pelaporan  pencapaian  calon
                                selewat-lewatnya pada tarikh pengumuman keputusan.




                                        JM24 | JK Pusat Sumber Sekolah

                           RUJUKAN
                      i.     Buku Panduan Tugas Pengurusan Pusat Sumber Sekolah untuk Guru Perpustakaan & Media Sekolah,
                          Bahagian Teknologi Pendidikan, Kementerian Pendidikan Malaysia 2007
                      ii.     Surat Pekeliling Ikhtisas Bilangan 10 Tahun 2000 : Tahun Pusat Sumber Sekolah (PSS) 2000
                     iii.     Arahan Perbendaharaan, Bab C (A.P.299) (berkaitan pelupusan/hapus kira)
   258   259   260   261   262   263   264   265   266   267   268