Page 266 - MySG_Menengah_Final_Garis_Panduan_Tadbir_Urus_Sekolah_Menengah_KPM
P. 266

258






                           15.  Menyediakan laporan tahunan PSS.
                           16.  Mendapatkan maklum balas dan cadangan-cadangan bagi meningkatkan mutu
                                perkhidmatan yang disediakan oleh PSS.
                           17.  Membuat penilaian dan kaji selidik tentang keberkesanan penggunaan semua

                                perkhidmatan yang disediakan oleh PSS.
                           18.  Menyediakan  senarai  semak  yang  bersesuaian  untuk  memastikan  semua
                                tugas yang berkaitan telah dirancang dan dilaksanakan.
                           19.  Melaksanakan tugas lain yang diarahkan oleh PGB/pentadbir dari semasa ke
                                semasa.

                     (A3)  KETUA PANITIA MATA PELAJARAN
                           1.   Merancang supaya dapat membudayakan penggunaan media pengajaran dan
                                pembelajaran di kalangan guru dan murid-murid di sekolah.

                           2.   Menyebarkan maklumat-maklumat terkini tentang teknologi pendidikan kepada
                                semua guru untuk tujuan pengajaran dan pembelajaran yang berkesan.
                           3.   Membantu  AJK  PSS  dalam  pemilihan  bagi  mendapatkan  alat  dan  bahan
                                pengajaran yang bersesuaian untuk kegunaan guru dan murid.
                           4.   Membantu  dan  merancang  agar  guru-guru  dapat  membina  alat  dan  bahan
                                pengajaran dengan menggunakan pendekatan bersistem.
                           5.   Menilai  keberkesanan  alat  dan media  pengajaran  yang  dibeli  ataupun yang

                                dihasilkan sendiri.
                           6.   Mewakili PSS dalam semua aktiviti perkembangan kurikulum sekolah.
                           7.   Menyediakan  senarai  semak  yang  bersesuaian  untuk  memastikan  semua
                                tugas yang berkaitan telah dirancang dan dilaksanakan.
                           8.   Membantu dan menjalankan tugas yang berkaitan dengan PSS seperti yang
                                diarahkan oleh PGB/pentadbir sekolah.

               (B)  SENARAI TUGAS JAWATANKUASA KERJA

                     (B1)  GURU PERPUSTAKAAN

                           1.   Menentukan dasar pentadbiran, pembelian dan penggunaan perpustakaan.
                           2.   Melatih  dan  menyelia  petugas-petugas  perpustakaan  untuk  membantu
                                pengurusan perpustakaan.
                           3.   Memastikan  bahawa  perpustakaan  diurus  dengan  teraturnya  dan
                                bersistematik.
                           4.   Merancang dan melaksanakan aktiviti-aktiviti perpustakaan.

                           5.   Merancang anggaran belanjawan tahunan perpustakaan.
   261   262   263   264   265   266   267   268   269   270   271