Page 268 - MySG_Menengah_Final_Garis_Panduan_Tadbir_Urus_Sekolah_Menengah_KPM
P. 268

260






                           8.   Membantu dan menjalankan tugas yang berkaitan dengan PSS seperti yang
                                diarahkan oleh PGB/pentadbir sekolah dari semasa ke semasa.


                     (B3)  GURU BAHAN BANTU MENGAJAR
                           1.   Mencatatkan  semua  bekalan  alat  perkakasan  (hardware)  dan  bahan-bahan
                                perisian  (software)  yang  dibeli  atau  diterima  ke dalam  buku  stok  alat  bantu
                                mengajar.
                           2.   Mengelaskan  dan  mengkatalogkan  semua  bahan  perisian  yang  dibeli  atau
                                diterima.
                           3.   Menyediakan dan mengedarkan katalog alat bantu mengajar dari semasa ke
                                semasa untuk pengetahuan guru-guru dan murid-murid yang memerlukan.
                           4.   Mengadakan sesi perkembangan staf dalam pembinaan media kos rendah dan
                                praktikal  serta  untuk  menggalakkan  penggunaan  media  pengajaran

                                pembelajaran yang bersesuaian oleh guru-guru dan murid-murid.
                           5.   Menasihati  dan  membimbing  guru-guru  serta  murid-murid  tentang  kaedah
                                memilih  jenis-jenis  media  yang  bersesuaian,  praktikal  dan  berkesan  untuk
                                pengajaran dan pembelajaran.
                           6.   Mewujudkan  budaya  pinjaman  dan  penggunaan  alat  dan  bahan  bantu
                                mengajar yang sistematik dan berkesan khususnya bagi keperluan pengajaran
                                guru-guru.

                           7.   Mengadakan promosi bagi menggalakkan penggunaan ABM dari semasa ke
                                semasa untuk makluman guru dan murid.
                           8.   Melaporkan  sebarang  kerosakan  alat-alat  perkakasan  atau  perisian  kepada
                                Penyelaras PSS supaya tindakan segera boleh dilakukan untuk penggantian
                                dan pembaikan.
                           9.   Menentukan bahawa semua peralatan bantu mengajar agar sentiasa dalam
                                keadaan baik untuk digunakan.
                           10.  Menyediakan buku-buku rekod yang perlu untuk memudahkan penyemakan
                                oleh pihak pengurusan ataupun bagi tujuan semakan oleh pegawai-pegawai

                                pendidikan yang memerlukannya.
                           11.  Menentukan supaya Buku Rekod Penggunaan disediakan untuk kemudahan
                                para pengguna membuat catatan penggunaan yang perlu.
                           12.  Menyediakan  Senarai  Semak  yang  bersesuaian  untuk  memastikan  semua
                                tugas yang berkaitan telah dirancang dan dilaksanakan.
                           13.  Membantu dan menjalankan tugas yang berkaitan dengan PSS seperti yang
                                diarahkan oleh PGB/pentadbir sekolah dari semasa ke semasa.
   263   264   265   266   267   268   269   270   271   272   273