Page 265 - MySG_Menengah_Final_Garis_Panduan_Tadbir_Urus_Sekolah_Menengah_KPM
P. 265

257






                           10.  Menyediakan kemudahan membaiki dan mengendalikan alat-alat pengajaran
                                dan pembelajaran.
                           11.  Melahirkan satu budaya yang boleh menggalakkan guru-guru dan murid-murid
                                untuk menggunakan bahan-bahan dalam proses pengajaran dan pembelajaran

                                melalui PSS merentasi kurikulum.
                           12.  Menyebarkan  konsep  PSS  kepada  guru-guru,  murid-murid  dan  masyarakat
                                tempatan.
                           13.  Sentiasa  peka  dengan  perkembangan  teknologi  dalam  pendidikan  dan
                                maklumat terkini.
                           14.  Dapat  menerima  perubahan  dalam  pendidikan  dengan  fikiran  terbuka  dari
                                semasa ke semasa.

                     (A2)  PENYELARAS PSS

                           1.   Menyelaraskan semua program media yang dirancang dan memastikan agar
                                dapat dilaksanakan.
                           2.   Membantu menggariskan matlamat, objektif dan perancangan dasar yang akan
                                dilaksanakan oleh PSS.
                           3.   Memantau     dan  memastikan       program-program     pembangunan     serta
                                perancangan aktiviti agar dilaksanakan dengan cemerlangnya.
                           4.   Menyediakan  senarai  semak  tugas  untuk  memastikan  perkembangan  dan

                                tindak ikut perancangan dan pembangunan PSS.
                           5.   Menyediakan anggaran perbelanjaan tahunan PSS dengan kerjasama semua
                                AJK Kerja PSS.
                           6.   Mengurus  dan  mengelolakan  semua  kemudahan  fizikal  dan  perkhidmatan
                                yang disediakan oleh PSS.
                           7.   Memilih  dan  memesan  bahan-bahan  perlu  dan  yang  bersesuaian  untuk
                                keperluan masyarakat sekolah dengan kerjasama guru-guru.
                           8.   Memberikan khidmat nasihat dan kepakaran kepada pihak yang memerlukan.
                           9.   Bekerjasama  dengan  pihak-pihak  bertanggungjawab  dalam  merancang  dan

                                melaksanakan program perkembangan staf.
                           10.  Menggalakkan guru dan murid untuk menpelbagai media dalam pendidikan.
                           11.  Mendapatkan peruntukan perbelanjaan pengurus pembangunan PSS.
                           12.  Menganjurkan  sesi  promosi  yang  bersesuaian  untuk  menggalakkan  budaya
                                penggunaan perkhidmatan disediakan oleh PSS.
                           13.  Bertindak  sebagai  penghubung  antara  pihak  sekolah  dengan  agensi-agensi
                                kerajaan dan swasta dalam perkara yang berkaitan dengan aktiviti PSS.

                           14.  Memastikan penyediaan rekod-rekod yang lengkap untuk tujuan penyemakan
                                oleh pegawai-pegawai pendidikan yang melakukan lawatan.
   260   261   262   263   264   265   266   267   268   269   270