Page 274 - MySG_Menengah_Final_Garis_Panduan_Tadbir_Urus_Sekolah_Menengah_KPM
P. 274

266






                       v.     Surat Pekeliling Kewangan Bilangan 2 Tahun 2017 : Bantuan Kumpulan Wang Amanah Murid
                            Miskin (KWAMP)
                       vi.     Surat Pekeliling Kewangan Bilangan 1 Tahun 2018 : Bantuan Kumpulan Wang Amanah Murid
                            Miskin (KWAMP)
                      vii.     Surat Siaran Mengenai Pelaksanaan Bantuan Awal Persekolahan (BAP) Tahun 2018 : Bagi
                            Sekolah Kerajaan (SK) dan Sekolah Bantuan Kerajaan (SBK)
                      viii.     Surat Pekeliling Kewangan (SPK) Bilangan 2 Tahun 2018 : Pengurusan Elaun Murid Berkeperluan
                            Khas (EMK)
                       ix.     Surat Pekeliling Kewangan Tahun 2020 : Bantuan Awal Persekolahan

                     (D1)  TUGAS UMUM JAWATANKUASA
                           1.   Merancang dan mengadakan projek untuk mengisi Tabung Kebajikan.
                           2.   Mengenal pasti murid-murid yang memerlukan bantuan kebajikan.
                           3.   Menyediakan  borang  permohonan,  mengumpul  dan  membuat  keputusan
                                melalui mesyuarat.

                           4.   Mengeluarkan bantuan dalam bentuk wang, pakaian, peralatan dan lain-lain.
                           5.   Mengurus agihan derma dan bantuan dalam/luar dari semasa ke semasa.
                           6.   Melaksanakan tugas lain yang diarahkan oleh PGB/pentadbir dari semasa ke
                                semasa.

                     (D2)  BANTUAN KEWANGAN
                           1.   Memilih  dan  memperakukan  murid  yang  layak  untuk  bantuan  berbentuk

                                kewangan.
                           2.   Menyediakan  minit  mesyuarat  yang  lengkap  mengandungi  maklumat  bagi
                                tujuan auditan dan pemantauan seperti berikut:
                                a.  Senarai nama murid yang membuat permohonan.
                                b.  Senarai nama murid yang diperakukan oleh jawatankuasa.
                                c.  Senarai nama murid yang tidak diperakukan bersama justifikasi penolakan.
                           3.   Menentukan  bayaran  bantuan  kewangan  sama  ada  dimasukkan  ke  akaun
                                murid, wang tunai, cek atau pemberian dalam bentuk barangan.
                           4.   Memastikan  urusan  terimaan  dan  bayaran  dibuat  mengikut  Tatacara

                                Pengurusan  Kewangan  dan  Perakaunan  Kumpulan  Wang  Sekolah/Akaun
                                Khas.
                           5.   Melaporkan kepada Bahagian Kewangan, KPM sekiranya terdapat keraguan
                                pada senarai penerima data sedia ada (DSA) dan status miskin/miskin tegar
                                murid yang tersenarai dalam eKASIH dan Data Murid Orang Asal (DMOA).
   269   270   271   272   273   274   275   276   277   278   279