Page 272 - MySG_Menengah_Final_Garis_Panduan_Tadbir_Urus_Sekolah_Menengah_KPM
P. 272

264






               10.  Merancang,  menyusun  dan  melaksanakan  program-program  dan  aktiviti-aktiviti  untuk
                     meningkatkan tahap pencapaian sekolah di bidang pengurusan kokurikulum, keceriaan,
                     kebersihan, kesihatan dan keselamatan (3K).
               11.  Membuat penilaian kendiri tahap pencapaian sekolah berdasarkan keputusan Pelaporan

                     Sekolah Menengah.
               12.  Melaksanakan  tugas  PPS  di  bawah  komponen  terlibat  untuk  mengurus  pelaporan
                     SKPMg2.

                     Subkomponen Pengurusan Hal Ehwal Murid adalah seperti yang berikut:

               (A)  PENGURUSAN KELAS
                     1.    Pengurusan  Bilik  Darjah  merujuk  kepada  semua  tindakan  guru  semasa
                           mengendalikan  kelas  supaya  dapat  mewujudkan  persekitaran  kondusif  untuk

                           menggalakkan pembelajaran yang berkesan.
                     2.    Peranan  guru  sebagai  pengurus  bilik  darjah  adalah  berasaskan  elemen-elemen
                           pengurusan iaitu merancang, mengelola, mengarah dan mengawal.
                     3.    Meningkatkan  pelibatan murid  dalam  PdP, mengurangkan masalah  displin,  dapat
                           mengoptimumkan masa proses PdP dengan mengambil berat tentang:

                           a.  Iklim dan persekitaran bilik darjah
                           b.  Komunikasi
                           c.  Pengurusan Pengajaran dan Pembelajaran (PdP)

                           d.  Pengurusan Disiplin Murid

               (B)  PEMBANGUNAN MODAL INSAN
                     1.   Jawatankuasa  membincangkan  peranan  dan  aktiviti  yang  penting  dalam
                          membangunkan modal insan yang mempunyai jati diri yang kukuh, berketrampilan,

                          keperibadian mulia, berpengetahuan dan kemahiran tinggi bagi mengisi keperluan
                          negara maju.
                     2.   Aktiviti yang ingin dihasilkan juga mesti membentuk modal insn yang mampu berfikir
                          secara  kritis  dan  kreatif,  berkemahiran  menyelesaikan  masalah,  berkeupayaan
                          mencipta peluang baru dan mempunyai ketahanan.
                     3.   Jawatankuasa  perlu  merancang,  melaksanakan  dan  menilai  Program  Sahsiah
                          Unggul  Murid  (SUMUR)  yang  merangkumi  Modul  Berbudi  Bahasa,  Modul
                          Mutadayyin,  Modul  Penampilan  Diri  dan  Modul  Jati  Diri  untuk  membentuk  modal
                          insan holistik dan berkeperibadian unggul.
   267   268   269   270   271   272   273   274   275   276   277