Page 287 - MySG_Menengah_Final_Garis_Panduan_Tadbir_Urus_Sekolah_Menengah_KPM
P. 287

279






                                          JM29 | JK Pengurusan Asrama

               RUJUKAN

                   i.  Surat Pekeliling Ikhtisas KPM Bilangan 1/1987 : Pengurusan dan Kawalan Asrama Sekolah Harian

                  ii.  Buku Panduan Pengurusan Asrama Harian KPM Edisi 2018
                  iii.  KPM.500-1/3/3(13)  bertarikh  20  November  2019:  Pelaksanaan  Peluasan  Pelantikan  Warden  Asrama

                      Kepada Semua Kakitangan Bukan Guru Gred 19 dan ke atas di Sekolah-sekolah  di bawah KPM

               (A)    TUGAS GURU BESAR (PGB)

                     (A1)  PENGURUSAN DAN PENTADBIRAN ASRAMA
                          1.  Memastikan pelibatan semua warga sekolah dalam pengurusan dan pentadbiran

                               asrama dan murid asrama.
                          2.  Penasihat semua jawatankuasa di asrama.
                          3.  Menyediakan Struktur Organisasi Pengurusan Asrama.
                          4.  Mengagihkan tugas kakitangan asrama.
                          5.  Mengurus pelantikan warden.
                          6.  Menyediakan  dan  mengawal  selia  Pejabat  Pentadbiran  Asrama  dan  Rumah
                               Warden.
                          7.  Mengurus,  memantau  dan  menguatkuasa  Kontrak  Perkhidmatan  Bekalan
                               Makanan  Bermasak/Mentah,  Perkhidmatan  Kawalan  Keselamatan  (PKK)  dan

                               Perkhidmatan Kebersihan Bangunan dan Kawasan (KBK).
                         8.    Mengurus pembangunan dan penyelenggaraan fizikal bangunan, peralatan dan
                               kemudahan asrama.
                         9.    Memaklumkan  dan  menghantar  semua  laporan  yang  berkaitan  dengan  kes
                               keracunan makanan, dendaan dan kes-kes yang melanggar perjanjian kontrak
                               penswastaan kepada Jabatan Pelajaran Negeri.
                         10.  Menyediakan perancangan strategik asrama.

                         11.  Menyediakan takwim aktiviti tahunan asrama.
                         12.  Memastikan semua guru terlibat dalam pelaksanaan Sistem Keluarga Asrama
                               (SisKA).

                     (A2)  PENGURUSAN DAN PENTADBIRAN KEWANGAN
                          1.  Menentukan  keperluan  peruntukan  asrama  dan  Anggaran  Belanja  Mengurus
                               mencukupi.
                          2.  Memastikan kewangan asrama diurus mengikut kehendak pekeliling kewangan.
                          3.  Mengawal selia semua pungutan yuran asrama.
   282   283   284   285   286   287   288   289   290   291   292