Page 291 - MySG_Menengah_Final_Garis_Panduan_Tadbir_Urus_Sekolah_Menengah_KPM
P. 291

283






                     23.  Memastikan pelaksanaan “Roll Call” dilaksanakan secara berjadual dan berterusan.
                     24.  Merancang  dan  melaksanakan  program  penerapan  budaya  penyayang  dan
                           kekeluargaan.
                     25.  Memantau program/aktiviti masa senggang.

                     26.  Merancang dan melaksanakan program bersama-sama agensi luar.
                     27.  Melaksanakan tugas yang diarahkan oleh PGB dari semasa ke semasa.

               (D)  TUGAS GURU PENOLONG KANAN KOKURIKULUM
                     1.    Merancang,  melaksanakan,  memantau  dan  melapor  Program  Kebitaraan  Asraa
                           (PKA).
                     2.    Merancang takwim kegiatan kokurikulum murid asrama.
                     3.    Memastikan semua murid asrama melibatkan diri dalam semua aktiviti kokurikulum
                           dan sukan di asrama.

                     4.    Memastikan semua data kokurikulum murid asrama lengkap.
                     5.    Menandatangani laporan aktiviti kokurikulum murid asrama.
                     6.    Menyediakan kemudahan, tempat dan peralatan yang mencukupi.
                     7.    Menyediakan jurulatih dan pembimbing.
                     8.    Memastikan  murid  asrama  menyertai  pertandingan-pertandingan  anjuran  Pejabat
                           Pendidikan Daerah, Jabatan Pendidikan Negeri, Kementerian Pendidikan Malaysia
                           dan agensi luar.

                     9.    Melaksanakan tugas lain yang diarahkan oleh PGB dari semasa ke semasa.

               (E)  TUGAS GURU BIMBINGAN DAN KAUNSELING
                     1.    Membantu  Penyelaras  SisKA  memastikan  SisKA  dapat  dilaksanakan  dengan
                           berkesan.
                     2.    Mengenal  pasti  keperluan  Perkhidmatan  Bimbingan  dan  Kaunseling  di  asrama
                           melalui kajian keperluan, soal selidik, temu bual dan perbincangan dengan murid
                           asrama, warden, pentadbir, penyelia asrama dan ibu bapa.
                     3.    Menyediakan rancangan tahunan program dan aktiviti Perkhidmatan Bimbingan dan

                           Kaunseling di asrama.
                     4.    Merancang,  melaksanakan  dan  mengawal  selia  sesi  bimbingan  dan  Kaunseling
                           Individu dan kelompok, secara profesional dan beretika.
                     5.    Merancang, mengelola dan melaksanakan aktiviti bimbingan individu dan kelompok
                           serta  tunjuk  ajar  (instructional)  yang  merangsang  perkembangan  murid  asrama
                           secara optimum.
                     6.    Merancang, mengawal selia dan mengemaskinikan rekod dan inventori murid yang

                           berkaitan dengan perkhidmatan bimbingan dan kaunseling murid asrama.
   286   287   288   289   290   291   292   293   294   295   296