Page 288 - MySG_Menengah_Final_Garis_Panduan_Tadbir_Urus_Sekolah_Menengah_KPM
P. 288

280






                          4.  Mengurus  pembayaran  tuntutan  bekalan  makanan  bermasak/mentah  kepada
                               pembekal.
                          5.  Memastikan semua jenis pembayaran dijelaskan oleh kontraktor atau pihak lain
                               (seperti pihak yang menyewa bangunan asrama) kepada asrama supaya tidak

                               berlaku Akaun Belum Terima (ABT).
                          6.  Memastikan  pihak  kontraktor  telah  menjelaskan  semua  tanggungan  yang
                               berkaitan  dengan  asrama  seperti  bil  air,  bil  elektrik,  kerosakan  peralatan  dan
                               premis sebaik sahaja kontrak tamat.

                     (A3) PENGURUSAN MURID ASRAMA -  AKADEMIK
                          1.  Memastikan  Jadual  Harian  Murid  Asrama  dirancang  dan  disediakan  secara
                               sistematik.
                          2.  Memastikan Jadual Kelas Persediaan (Prep) dipatuhi sepanjang masa.

                          3.  Melantik  guru  penolong  bukan  warden  yang  bertanggungjawab  menyelia
                               perjalanan jadual ‘prep’ setiap hari.
                          4.  Menyediakan tempat ‘prep’ yang selesa.
                          5.  Merancang dan melaksanakan kelas tambahan.
                          6.  Menyediakan  perpustakaan,  buku  rujukan,  komputer  serta  kemudahan
                               pengajaran dan pembelajaran yang mencukupi.
                          7.  Merangka,  merancang,  melaksanakan,  memantau  dan  menilai  program

                               peningkatan  akademik  dan  kecemerlangan  akademik  menerusi  perancangan
                               strategik jangka pendek dan jangka panjang.
                          8.  Menyediakan  headcount  murid  asrama  dan  plan  intervensi  peningkatan
                               akademik murid asrama.

                     (A4) PENGURUSAN DISIPLIN
                          1.   Memastikan  peraturan  asrama  dipatuhi  oleh  murid  dan  waris  serta
                               dikuatkuasakan pelaksanaannya.
                          2.   Menyediakan sistem pemantauan disiplin yang sesuai dan mampu menangani

                               permasalahan murid asrama.
                          3.   Memastikan  maklumat  peraturan  asrama  disampaikan  kepada  waris  murid
                               asrama.
                          4.   Memastikan  semua  bentuk  hukuman  hendaklah  mematuhi  SOP  yang
                               ditetapkan dan melalui JK Disiplin Sekolah (jika berkaitan).
   283   284   285   286   287   288   289   290   291   292   293