Page 292 - MySG_Menengah_Final_Garis_Panduan_Tadbir_Urus_Sekolah_Menengah_KPM
P. 292

284






                     7.    Merancang,  melaksanakan,  mengawal  selia  serta  menilai  program  dan  aktiviti
                           konsultasi  dan  rujukan,  berhubung  dengan  pembangunan  dan  perkembangan
                           sahsiah diri murid.
                     8.    Merancang,  melaksanakan,  mengawal  selia  serta  menilai  program  dan  aktiviti

                           konsultasi dan rujukan, berhubung dengan peningkatan disiplin diri murid asrama.
                     9.    Merancang,  melaksanakan,  mengawal  selia  serta  menilai  program  dan  aktiviti
                           konsultasi dan rujukan, berhubung dengan pendidikan kerjaya murid asrama.
                     10.  Merancang,  melaksanakan,  mengawal  selia  serta  menilai  program  dan  aktiviti
                           konsultasi  dan  rujukan,  berhubung  dengan  psikososial  dan  kesejahteraan  mental
                           murid asrama.
                     11.  Membuat penilaian aktiviti, modul, instrumen, pendekatan dan sebagainya secara
                           menyeluruh bagi meningkatkan mutu dan profesionalisme perkhidmatan bimbingan
                           dan kaunseling di asrama.

                     12.  Merancang,  menyelaraskan  dan  menilai  sumber  serta  bahan  resos  berkaitan
                           perkhidmatan bimbingan dan kaunseling di asrama (bilik khas).
                     13.  Setiausaha  kepada  jawatankuasa  dan  penyelaras  perkhidmatan  bimbingan  dan
                           kaunseling di asrama.
                     14.  Membuat rujukan atau memberikan khidmat kaunseling kepada murid asrama.
                     15.  Melaksanakan  tugas  lain  yang  diarahkan  oleh  PGB/pentadbir  dari  semasa  ke
                           semasa.


               (G)  TUGAS PEMBANTU PENGURUSAN MURID
                           Bertanggungjawab Membantu Ketua Warden/Warden/Penyelia Asrama/PPM dalam
                           tadbir urus dan pengurusan di asrama:
                     1.    Membantu Penyelia Asrama mengemaskinikan Data Pengurusan Asrama.
                     2.    Membantu Penyelia Asrama mengurus stok serta pelupusan.
                     3.    Membantu  Penyelia  Asrama  mengurus  perkara-perkara  yang  berkaitan
                           penyelenggaraan.
                     4.    Membantu Penyelia Asrama membuat pemeriksaan bahan mentah kering dan bahan

                           mentah basah pada setiap hari.
                     5.    Membantu  Penyelia  Asrama  menjaga  dan  membersihkan  peralatan  asrama.
                           Mengambil dan membuka surat-surat masuk dari pejabat sekolah.
                     6.    Mengepos surat atau dispatch surat ke PPD, JPN dan lain-lain agensi. Mencetak
                           dokumen atau borang-borang untuk kegunaan asrama.
                     7.    Membantu  dan  melibatkan  diri  dalam  setiap  aktiviti  yang  dijalankan  oleh  pihak
                           asrama.

                     8.    Melaksanakan  tugas  lain  yang  diarahkan  oleh  PGB/pentadbir  dari  semasa  ke
                           semasa.
   287   288   289   290   291   292   293   294   295   296   297