Page 313 - MySG_Menengah_Final_Garis_Panduan_Tadbir_Urus_Sekolah_Menengah_KPM
P. 313

305





                             BAB 4 : JADUAL PELAKSANAAN PENGURUSAN


                                           SEKOLAH MENENGAH KPM



                  Bab 4 adalah Jadual Pelaksanaan Pengurusan Sekolah Menengah KPM yang menjelaskan
                  hubung kait perkara-perkara berikut:

                  a)     Komponen  dan  Subkomponen  Pengurusan  Sekolah  iaitu  pengurusan  dan
                         pentadbiran, kurikulum, hal ehwal murid dan kokurikulum;

                  b)     Pelaksana Pengurusan Sekolah yang terdiri daripada Portfolio Berjawatan, Portfolio
                         Tanpa Jawatan dan Jawatankuasa;
                  c)     Punca kuasa dan garis panduan sedia ada berkaitan Pengurusan Sekolah yang terdiri
                         daripada surat pekeliling, surat siaran atau rujukan lain seperti buku garis panduan
                         yang diterbitkan KPM; dan
                  d)     Bahagian-bahagian  KPM  yang  menjadi  peneraju  dan  bertanggungjawab  terhadap
                         dasar dan pengoperasian Komponen dan Subkomponen Pengurusan Sekolah.


                  Melalui jadual ini warga sekolah dapat mengetahui pengagihan kerja di sekolah kepada guru
                  sahaja atau AKP sahaja atau kedua-duanya secara kolaboratif. Warga sekolah juga perlu
                  membudayakan amalan merujuk kepada punca  kuasa dan Bahagian-bahagian KPM yang
                  menjadi peneraju program dan aktiviti di sekolah.

                  Jadual ini menggunakan ringkasan kod pelaksana seperti berikut:


                                     H      PORTFOLIO BERJAWATAN



                                   PENGAJARAN DAN PENTADBIRAN (PTA)
                        HM01.      Pengetua                                                   - PGB
                        HM02.      Guru Penolong Kanan Pentadbiran                            - GPKP

                        HM03.      Guru Penolong Kanan Hal Ehwal Murid                        - GPKHEM
                        HM04.      Guru Penolong Kanan Kokurikulum                            - GPKKo
                        HM05.      Guru Penolong Kanan Petang                                 - GPKPtg
                        HM06.      Guru Penolong Kanan Pendidikan Khas                        - GPKKh
                        HM07.      Guru Penolong Kanan Sukan (SSM)                            - GPKSu
                        HM08.      Guru Penolong Kanan Seni (SSeM)                            - GPKSe
                        HM09.      Guru Penolong Kanan Rendah (Sekolah Model Khas)            - GPKR
   308   309   310   311   312   313   314   315   316   317   318