Page 308 - MySG_Menengah_Final_Garis_Panduan_Tadbir_Urus_Sekolah_Menengah_KPM
P. 308

300






                     Khairat,  Tabung  Kebudayaan  dan  Perayaan,  Tabung  Keceriaan  dan  Alam  Sekitar  dan
                     Tabung Kokurikulum Sekolah.
               11.  Memastikan kewangan diuruskan dengan baik.
               12.  Memastikan laporan kewangan dan kegiatan koperasi sentiasa kemaskini dan disediakan

                     untuk dihantar ke pihak Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) sebelum mesyuarat agung.
               13.  Mewujudkan hubungan yang baik dengan Jabatan Pembangunan Koperasi Kawasan.

                     (A) TUGAS JAWATANKUASA

               (A1) PENGERUSI
                    1.    Mempengerusikan semua mesyuarat lembaga.
                    2.    Menandatangani dan mengesahkan minit mesyuarat lembaga.
                    3.    Memperakui cabutan dan salinan dari rekod koperasi menurut peraturan bersama

                          setiausaha melalui satu akuan yang bertarikh dan ditandatangani.
                    4.    Memanggil sendiri atau melalui setiausaha mesyuarat lembaga bila perlu.
                    5.    Mengarahkan  jawatan  kuasa  audit  dalaman  supaya  memeriksa  buku  rekod  dan
                          dokumen koperasi pada bila-bila masa dan melaporkan kepada lembaga.
                    6.    Menandatangan  permohonan  pendaftaran  kepada  pindaan  Undang-undang  Kecil
                          dan dokumen lain yang berkaitan bersama dua anggota lembaga.
                    7.    Menyelia secara am pentadbiran, hal ehwal dan pekerja koperasi.


               (A2) SETIAUSAHA
                    1.    Memanggil dan menghadiri Mesyuarat Agung Tahunan Koperasi Sekolah, mesyuarat
                          lembaga dan mesyuarat jawatan kuasa untuk menyampaikan segala laporan serta
                          dokumen untuk pertimbangan mesyuarat.
                    2.    Merekodkan  perjalanan  dan  keputusan  mesyuarat  dan  menyediakan  minit  untuk
                          edaran seterusnya.
                    3.    Menyelenggara dan mengemaskinikan semua daftar anggota, daftar penama, buku
                          dan laporan yang dikehendaki oleh lembaga.

                    4.    Menentukan tarikh, masa dan tempat mesyuarat dengan persetujuan pengerusi.
                    5.    Mengurus surat-menyurat sebagaimana yang diarahkan oleh lembaga.
                    6.    Mengesahkan bersama pengerusi salinan segala perkara yang bertulis di dalam buku
                          koperasi.
                    7.    Menyimpan dan menjaga dengan selamatnya mohor Koperasi.
                    8.    Menjalankan  tugas  lain  yang  ditentukan  oleh  Lembaga  dari  semasa  ke  semasa
                          (mana-mana  tugas  setiausaha  boleh  diamanahkan  kepada  pengurus  tertakluk

                          kepada persetujuan lembaga )
   303   304   305   306   307   308   309   310   311   312   313