Page 310 - MySG_Menengah_Final_Garis_Panduan_Tadbir_Urus_Sekolah_Menengah_KPM
P. 310

302






                    10.  Menyediakan dan membuat laporan belian dalam mesyuarat ALK.
                    11.  Memastikan borang-borang yang berkaitan belian digunakan.

               (A5) PENGURUS JUALAN

                     1.   Menerima stok untuk jualan mingguan/bulanan dari Bendahari.
                     2.   Memohon tambahan stok untuk jualan dari pengurus stok.
                     3.   Menetapkan harga jualan berdasarkan keputusan ALK.
                     4.   Mengurus jualan harian di kedai koperasi.
                     5.   Melantik pembantu jualan di kedai koperasi.
                     6.   Menyediakan jadual bertugas harian untuk jurujual.
                     7.   Mengira dan merekodkan hasil jualan harian/bulanan.
                     8.   Menyerahkan wang tunai hasil jualan harian kepada bendahari.
                     9.   Memastikan  hanya  guru  atau  pelajar  yang  bertugas  sahaja  berada  di  koperasi

                          semasa jualan berlangsung.
                     10.  Menyediakan dan membuatkan laporan jualan pada setiap mesyuarat ALK.
                     11.  Memastikan borang-borang berkaitan jualan digunakan.

               (A6) PENGURUS PROMOSI
                    1.    Membuat promosi barang-barang yang dibeli oleh Pengurus Belian melalui pamplet,
                          perhimpunan atau blog koperasi.

                    2.    Membantu Pengurus Pendaftaran Ahli membuat promosi untuk menambah keahlian.
                    3.    Membantu setiausaha merancang program-program tahunan koperasi.

               (A7) PENGURUS PENDAFTARAN AHLI
                    1.    Membuat dan menyediakan borang pendaftaran ahli.
                    2.    Membantu bendahari mengagihkan dividen kepada ahli.
                    3.    Melaksanakan tugas-tugas lain yang diarahkan semasa mesyuarat lembaga.
                    4.    Menceriakan koperasi.


               (A8) JURUAUDIT DALAMAN
                    1.    Memeriksa dan mengaudit akaun-akaun dan rekod-rekod relevan koperasi secara
                          bulanan  dan  memaklumkan  lembaga  sebarang  perkara  yang  luar  biasa  yang
                          diperolehi semasa pemeriksaan dan pengauditan.
                    2.    Memeriksa Buku Tunai koperasi dan melaporkan hasil pemeriksaan secara bertulis
                          dalam buku khas untuk makluman Lembaga Koperasi.
                    3.    Mengaudit dan memberi laporan mengenai penyata kewangan yang dikemukakan

                          oleh lembaga selepas tamatnya tahun kewangan
   305   306   307   308   309   310   311   312   313   314   315