Page 309 - MySG_Menengah_Final_Garis_Panduan_Tadbir_Urus_Sekolah_Menengah_KPM
P. 309

301






                    9.    Menyediakan sijil penyertaan dan sijil penghargaan kepada murid yang terlibat dalam
                          kegiatan koperasi sekolah.

               (A3) BENDAHARI

                    1.    Mengendalikan  semua  urusan  perdagangan  dan  perindustrian  koperasi  mengikut
                          dasar yang ditetapkan oleh lembaga.
                    2.    Menerima  dan  menjaga  semua  wang  yang  diterima  oleh  koperasi  dan  membuat
                          pembayaran mengikut arahan lembaga.
                    3.    Menyimpan ke dalam bank atas nama koperasi semua wang yang diterima dalam
                          tempoh 24 jam hari bekerja daripada penerimaannya.
                    4.    Mengeluarkan resit, menyediakan baucer dan dokumen sokongan untuk bayaran dan
                          menyimpannya dengan baiknya mengikut arahan lembaga.
                    5.    Menyimpan  dalam  Akaun  Wang  Runcit,  wang  sebanyak  yang  diluluskan  oleh

                          lembaga untuk memenuhi perbelanjaan runcit dan perbelanjaan yang dibuat daripada
                          akaun ini boleh diganti seberapa kerap yang perlu.
                    6.    Menyenggara dan menyimpan akaun koperasi dengan sempurnanya dan kemaskini
                          supaya dapat diperiksa pada bila-bila masa oleh pihak berkuasa yang berkenaan.
                    7.    Menyediakan  akaun  tahunan  dan  laporan  tahunan  koperasi  untuk  dibentangkan
                          dalam mesyuarat lembaga.
                    8.    Menyediakan belanjawan tahunan koperasi dalam bentuk yang menunjukkan dengan

                          jelasnya segala butiran perbelanjaan dan pendapatan untuk ditimbang oleh lembaga
                          sebelum dibentangkan dalam mesyuarat agung tahunan.
                    9.    Menyediakan penyata pendapatan dan perbelanjaan koperasi yang benar dengan
                          secara dibutirkan satu persatu bagi sesuatu tempoh sebagaimana yang dikehendaki
                          oleh lembaga untuk dibandingkan dengan belanjawan bagi tempoh berkenaan yang
                          telah diluluskan oleh mesyuarat agung.
                    10.  Memastikan pembayaran dividen kepada ahli dikemaskini dan direkodkan.

               (A4) PENGURUS BELIAN

                     1.   Membuat tinjauan keperluan warga sekolah.
                    2.    Mencari peluang untuk promosi barangan baru bagi pihak koperasi.
                    3.    Mencadang kepada lembaga koperasi barangan/perkhidmatan yang hendak dibeli.
                    4.    Mengurus pembelian barang/perkhidmatan atas permintaan lembaga.
                    5.    Menyerahkan barang belian kepada bendahari untuk urusan merekod  stok.
                    6.    Menyerahkan invois kepada bendahari dan menyimpan satu salinan untuk fail sendiri.
                    7.    Menyimpan buku log belian.

                    8.    Mengemaskinikan buku log belian.
                    9.    Membuat laporan bulanan untuk belian.
   304   305   306   307   308   309   310   311   312   313   314