Page 91 - MySG_Menengah_Final_Garis_Panduan_Tadbir_Urus_Sekolah_Menengah_KPM
P. 91

83






                     3.    Merancang,  menyelaraskan  dan  memantau  pengurusan  prasarana  dan  peralatan
                           sukan bagi memastikan dapat dilaksanakan dengan baik.
                     4.    Menyelaraskan  kegiatan  sukan  yang  dirancang  untuk  mempertingkatkan  kualiti
                           pencapaian secara berterusan.

                     5.    Mengurus perancangan pengambilan atlet murid dua (2) kali setahun iaitu pada bulan
                           Januari dan Julai.
                     6.    Mempengerusikan mesyuarat bersama Unit Sokongan Sukan dan Unit Bimbingan
                           dan Kaunseling dalam meningkatkan pengurusan pentadbiran sekolah.
                     7.    Mengurus  kerjasama  bersama-sama  agensi  dalam  dan  luar  KPM  yang  berkaitan
                           dengan pembangunan sukan.
                     8.    Merancang dan mengurus untuk meningkatkan profesionalisme jurulatih sukan.
                     9.    Merancang, melaksanakan dan menyelia pengauditan stor dan peralatan sukan di
                           sekolah.

                     10.  Menyelia dan memperakukan fail profil atlet.
                     11.  Memantau  dan  menyelaraskan  tugas  Ketua  Bidang  Sukan  agar  peranan  ketua
                           bidang dalam pengurusan sukan dapat dilaksanakan dengan baik.
                     12.  Menyemak  laporan  kehadiran  jurulatih  sukan  dengan  bantuan  Ketua  Bidang
                           Kejurulatihan Sukan.
                     13.  Merancang dan menyemak kertas kerja pengelolaan dalam negara dan penyertaan
                           pasukan  ke  luar  negara  dapat  disediakan  dengan  lengkap  sebelum  dihantar  ke

                           Bahagian Sukan, Kokurikulum dan Kesenian.
                     14.  Menyemak dan memastikan prosedur berkaitan dengan pelibatan dan penyertaan
                           atlet murid mengikut surat pekeliling dan surat siaran yang berkuat kuasa semasa.
                     15.  Menyemak  laporan  prestasi  atlet  yang  disediakan  oleh  jurulatih  untuk  proses
                           pertukaran sekolah sebelum diuruskan oleh GPK HEM.
                     16.  Menyelaraskan majlis dialog prestasi atlet murid dua kali setahun dan menyediakan
                           laporan majlis berkenaan.
                     17.  Memantau dan mencerap program latihan jurulatih sekurang-kurangnya tiga (3) kali
                           setahun ketika sesi latihan.

                     18.  Memantau dan menyemak pergerakan jurulatih sukan terutamanya sesi latihan serta
                           ketika menyertai kejohanan dalam negara dan luar negara.
   86   87   88   89   90   91   92   93   94   95   96