Page 96 - MySG_Menengah_Final_Garis_Panduan_Tadbir_Urus_Sekolah_Menengah_KPM
P. 96

88






                               HM10 | Guru Penolong Kanan Tingkatan Enam

                      RUJUKAN
                i.     Surat Siaran KPM Bilangan 11 Tahun 2016 : Garis Panduan Pengurusan Tingkatan Enam (GPPT6)
                ii.    Penjelasan  Mengenai  Kuasa  Kepada  Pengarah  Pendidikan  Negeri  dan  Pengarah  Bahagian  untuk
                       melaksanakan  Urusan  Penempatan  Setara,  Gred  DG52,  DG48,  dan  DG44  Bagi  Jawatan  Kenaikan
                       Pangkat KPM Bertarikh 15 Julai 2015
                iii.   Prosedur Operasi Standard (SOP) bagi Penempatan dan Pengisian Pegawai Perkhidmatan Pendidikan
                       (PPP) di KPM Bertarikh 22 September 2015.


                              TUGAS UTAMA (UMUM)


               1.    Mengajar sekurang-kurangnya lapan (8) waktu seminggu.
               2.    Menyelia kerja kursus murid empat (4) waktu seminggu.
               3.    Bertanggungjawab kepada PGB (dalam pengurusan) dan pentadbiran.
               4.    Bertanggungjawab  kepada  PGB  dalam  pengurusan  kurikulum,  hal  ehwal  murid  dan

                     kokurikulum.
               5.    Bertanggungjawab kepada PGB dalam pembangunan organisasi.
               6.    Bertanggungjawab kepada PGB dalam pembangunan sahsiah dan kendiri guru.
               7.    Bertanggungjawab  untuk  memberikan  khidmat  kepakaran  kepada  guru  (coaching  and
                     mentoring).






                            TUGAS UTAMA (KHUSUS)            adalah seperti berikut:

               (A)  PENGURUSAN DAN PENTADBIRAN
                     1.    Merancang dan melaksanakan perancangan strategik Pusat Tingkatan Enam.
                     2.    Merancang dan mengurus pembukaan kelas.
                     3.    Merancang dan mengurus pembukaan pakej mata pelajaran.
                     4.    Mengurus perancangan takwim.
                     5.    Mengurus jadual waktu PdP dan agihan tugasan guru.
                     6.    Mengurus kursus dan latihan untuk guru.

                     7.    Menyelia kutipan data dan maklumat guru serta murid.
                     8.    Mengurus anggaran belanjawan tahunan.
                     9.    Menyelia semua jenis kutipan/bayaran.
                     10.  Menyelia dan menyemak stok/inventori peralatan.
                     11.  Membuat penilaian prestasi guru.
                     12.  Merancang jaringan kolaboratif dengan agensi luar (jika berkaitan).
                     13.  Menjalankan tugas yang diarahkan oleh PGB/pentadbir dari semasa ke semasa.
   91   92   93   94   95   96   97   98   99   100   101